Berita 

Impian Saya Jadi Kenyataan – R Kogileswaran

Disebalik kejayaan Pahang melangkah ke saingan separuh akhir Shopee Piala FA selepas menundukkan JDT, ianya lebih bermakna buat R Kogileswaran apabila menjadi watak penting dalam membawa kejayaan pasukan di Larkin semalam.

Selepas kali kedua diletakkan dalam kesebelasan utama gara-gara kecederaan yang menimpa Francis Forkey Doe tempoh hari seakan memberi peluang buat anak muda ini untuk mencipta sesuatu dalam perlawanan besar ini.

Beliau yang ditemubual sejurus selepas perlawanan nyata berpuas hati dengan keputusan sambil berterima kasih di atas kepercayaan kem kejurulatihan yang meletakkannya sebagai pemain utama untuk mencipta kejutan dalam perlawanan suku akhir kedua semalam.

Apa yang boleh saya ucapkan ketika ini ialah, impian saya selama ini menjadi kenyataan. Memang saya impikan untuk berada di kesebelasan utama dan mencipta kemenangan dalam perlawanan yang besar seperti ini. Saya bersyukur kerana berada di tahap ini.

Anak muda yang berasal dari Kuala Lumpur ini jelas menunjukkan kesungguhan untuk melakukan yang terbaik bagi pasukan apabila dilihat melakukan dua percubaan ke pintu gol lawan seawal separuh masa pertama sekaligus mencerminkan akan keyakinan pemain ini dalam menghadirkan impak kepada pasukan.

Keyakinan pemain ini semakin meninggi apabila terlibat dalam penghasilan gol kedua dan ketiga Pahang yang dijaringkan oleh Patrick Cruz dan seakan menunjukkan ‘chemistry’ melibatkan gandingan pemain ini.

Sebelum turun dalam perlawanan ini, saya telah letakkan dalam pemikiran saya bahawa perlawanan ini adalah terlalu penting dan saya inginkan kemenangan malam ini (Jumaat). Rakan-rakan juga turut menerapkan visi yang sama ditambah dengan suntikan semangat dan komitmen tinggi dari pasukan ketika berada di bilik persalinan selepas menamatkan separuh masa pertama membuatkan kami lebih bertenaga dan yakin untuk menang dalam perlawanan ini.

Beliau yang mula menyertai Pahang pada tahun 2016 dilihat berada dalam waktu terbaik untuk mengisi kekosongan penyerang Pahang. Dalam penampilannya ketika bertemu Kuala Lumpur di Cheras baru-baru ini, beliau turut meledak jaringan cantik sekaligus menyelamatkan pasukan dari ditewaskan buat kali kedua dalam saingan Liga Super.

Foto: Media PBNP

Facebook Comments

Related posts

Leave a Comment

%d bloggers like this: