Fakta Pelbagai 

Piala FA: Masa Terbaik Untuk Ubati Kekecewaan Musim Lalu, Buru Dominasi Baru

Sejak diperkenalkan pada tahun 1990, Piala FA bukanlah sinonim dengan Pahang, kerana sepanjang 28 edisi Piala FA, Pahang hanya mampu muncul juara sebanyak 2 kali, itu pun di era millenium, selepas gagal dalam percubaan pertama di pentas Final pada tahun 1995 (kecundang 1-3 kepada Sabah).

Walau bagaimana pun, selepas naik semula ke Liga Super pada musim 2013, aksi Pahang dalam saingan Piala FA agak cemerlang. Daripada 5 musim, hanya sekali terkandas di pusingan ketiga (2016), sekali juara dan naib juara, selebihnya terkandas di separuh akhir. Ternyata, Dollah Salleh dan Zainal Abidin pakar dalam kejohanan kalah mati ini.

Tahun Pencapaian  Keputusan 
1995 Naib Juara Sabah 1-3
1996 Separuh Akhir Sarawak (Agg:1-4)
1997 Pusingan Kedua P.Pinang (Agg:0-5)
1998 Pusingan Kedua P.Pinang (Agg:1-4)
1999 Suku Akhir N. Sembilan (Agg:1-6)
2000 Suku Akhir Terengganu (Agg:3-4)
2001 Pusingan Kedua Sabah (Agg:1-2)
2002 Pusingan Kedua N.Sembilan (Agg:4-5)
2003 Pusingan Kedua N.Sembilan (Agg:2-4)
2004 Separuh Akhir Terengganu (Agg:2-3)
2005 Pusingan Pertama Selangor (Agg:2-5)
2005/2006 Juara Perlis 0-0 (Penalti 4-2)
2006/2007 Pusingan Kedua PKNS 1-1(Penalti 4-5)
2007/2008 Separuh Akhir Kedah (Agg:1-6)
2009 Pusingan Pertama PKNS (Agg:1-2)
2010 Pusingan Pertama Felda United (Agg:2-4)
2011 Separuh Akhir Terengganu (Agg:2-5)
2012 Pusingan Kedua T-Team 2-3
2013 Separuh Akhir JDT (Agg:2-2-Away goal)
2014 Juara Felda United 2-1
2015 Separuh Akhir Kelantan (Agg:2-3)
2016 Pusingan Ketiga Sime Darby 0-1
2017 Naib Juara Kedah 2-3

Pencapaian Pahang dalam Piala FA sejak 1995

Sepanjang sejarah kejohanan Piala FA juga, Pahang berjaya muncul di pentas final sebanyak 4 kali dan tewas di separuh akhir sebanyak 7 kali.

Pahang juga muncul juara dua kali dengan 2 trofi berbeza. Untuk rekod, Piala FA telah menggunakan 3 trofi sepanjang 28 tahun berlangsung (piala asal 1990, dan pernah ditukar pada 2005 & 2011). Kedua-dua trofi Piala FA yang dimenangi Pahang hasil percaturan jurulatih dan lagenda sepanjang zaman mereka, Zainal Abidin Hassan.

Juara 2005/2006

Musim 2005/2006 merupakan musim ketiga selepas Liga Super diperkenalkan. Walupun muncul sebagai juara sulung liga utama negara, prestasi Pahang kian goyah apabila terperosok ke dasar liga bersama satu lagi pasukan penuh dengan sejarah, Selangor.

Namun begitu, dalam saingan Piala FA, Pahang mencipta kejutan dengan muncul juara buat pertama kali dalam sejarah pasukan. Iqbal Suhaimi muncul wira selepas menyelamatkan 2 penalti awal Perlis yang diambil Affendi Malek dan Lamin Conteh Al-Hidayah. Manakala, Mitchell James Prentice, Josiah Seton, Indra Putra Mahyuddin dan Norhafiz Zamani Misbah menyempurnakan tugas sebagai penyepak penalti Pahang. Berikut perjalanan Pahang dalam menjuarai saingan Piala FA 2006 :

Piala FA 2006
Pusingan Pertama
Leg 1 Pahang 6 0 KL Kesas
Leg 2 KL Kesas 0 2 Pahang
Pahang layak aggregat 8-0
Pusingan Kedua
Leg 1 Pahang 1 0 Selangor
Leg 2 Selangor 2 2  Pahang
Pahang layak aggregat 3-2
Suku Akhir
Leg 1 Pahang 6 0 PP Nibong Tebal
Leg 2 PP Nibong Tebal 2 2 Pahang
Pahang layak aggregat 8-2
Separuh Akhir
Leg 1 N. Sembilan 0 0 Pahang
Leg 2 Pahang 3 2 N. Sembilan
Pahang layak aggregat 3-2
Final
Pahang 0 0 Perlis
Pahang menang penalti 4-2
Kesebelasan utama Final Piala FA 2005/2006. Berdiri dari kiri : Mitchell James Prentice, Indra Putra Mahyuddin, Shahril Faizal Shariffuddin, John Tamburas, Fadzli Shaari, Iqbal Suhaimi. Depan dari kiri : Irwan Fadzli Idrus, Subri Sulong, Norhafiz Zamani Misbah, Josiah Seton, Hairuddin Omar. Kredit foto : Yob4ever
Muncul juara Piala FA 2006. Kredit foto :Pahangcommunity

Juara Piala FA 2014

Berbeza dengan situati 2005/2006, Pahang beraksi cemerlang sepanjang musim 2014, selepas membuat kejutan muncul juara Piala Malaysia 2013.

Zainal Abidin Hassan sekali lagi berjaya menambahbaik skuad sahabat beliau, Dollah Salleh ketika itu bagi membentuk skuad ampuh menyapu 3 trofi musim 2014.

Dalam perlawanan separuh akhir, Pahang berjaya membalas dendam perhitungan 2013 peringkat yang sama dan berdepan lawan yang sama, JDT hasil gol jarak jauh penghujung permainan, Faizol Hussein.

Dalam perlawanan akhir, Faizol Hussein sekali lagi muncul wira, apabila masuk sebagai pemain gantian dan menjaringkan gol penyamaan hasil rembatan jarak jauh sekali lagi, sebelum Dickson Nwakaeme menjaringkan gol kemenangan seminit sebelum tamat masa permainan sebenar.

Piala FA 2014
Pusingan Pertama
Perak 2 2 Pahang
Pahang menang penalti 5-4
Pusingan Kedua
Lions XII 1 2 Pahang
Suku Akhir
Leg 1 PDRM 1 1 Pahang
Leg 2 Pahang 2 1 PDRM
Pahang layak aggregat 3-2
Separuh Akhir
Leg 1 JDT 1 1 Pahang
Leg 2 Pahang 1 0 JDT
Pahang layak aggregat 2-1
Final
Pahang 2 1 Felda United
Kesebelasan utama Final Piala FA 2014. Berdiri dari kiri : Damion Stewart, Saifulnizam Miswan, Matias Conti, Hafiz Kamal, Dickson Nwaekame. Depan dari kiri : Shahrizan Salleh, R.Gopinathan, Azidan Sarudin, Razman Roslan, Khairul Azhan, Azammuddin Akil
Juara Piala FA 2014. Kredit foto : MyMetro

Untuk musim 2018, Pahang bakal bertemu ATM dalam saingan Pusingan Kedua Piala FA pada Ahad ini. Semoga prestasi cemerlang dalam Liga Super dapat diteruskan dalam Piala FA bagi mengejar sasaran satu trofi musim ini. Ayuh TOK GAJAH !

Facebook Comments

Related posts

Leave a Comment

%d bloggers like this: