Berita 

Shopee Piala FA: Pahang Singkir Juara Bertahan, Lunas Dendam Musim Lalu

Jaringan tunggal Mohamadou Sumareh pada penghujung separuh masa pertama sudah cukup untuk menyingkirkan juara bertahan, Kedah dalam perlawanan pusingan ketiga Shopee Piala FA yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan sebentar tadi. Skuad kendalian Dollah Salleh turun berbekalkan semangat untuk menamatkan episod duka dalam saingan akhir Piala FA musim lalu dengan menunjukkan permainan yang menyakinkan sepanjang 10 minit pertama permainan. Asakan tuan rumah seakan kendur selepas penyerang importnya, Francis Forkey Doe terpaksa dikeluarkan pada minit ke 12 akibat mengalami kecederaan dan digantikan dengan Nor Shahrul Idlan Talaha. Kesempatan itu digunakan…

Read More
Fakta Pahang FA 

Piala FA : Menyingkap Pertemuan Pahang Dan Kedah, Peluang Terbaik Lunas Dendam Final 2017

Pahang jarang sekali diundi bertemu Kedah dalam saingan Piala FA, namun pada musim ini, kedua-dua pasukan ini sekali lagi beradu kekuatan selepas bertemu di Stadium Shah Alam dalam aksi final musim lepas. Semua sedia maklum Kedah telah dinobat juara musim lalu menjadikan mereka pasukan kedua terbanyak (4 kali) memenangi trofi Piala FA ini, di belakang Selangor (5 kali). Juara Piala FA juga dijanjikan slot Piala AFC, namun ‘kegagalan’ skuad Kedah memenuhi syarat lesen AFC dan Pahang pula menolak untuk beraksi menjadikan slot Piala AFC 2018 untuk juara piala FA musim…

Read More
Fakta Pelbagai 

Patrick Cruz-Peledak Tok Gajah Yang Dinanti-Nantikan

Patrick dos Santos Cruz, atau lebih dikenali dengan Patrick Cruz hadir ke Darul Makmur di hujung tarikh pendaftaran pemain Liga Super 2018. Kehadiran Patrick ternyata berhasil apabila sudah meledak 3 gol daripada 3 penampilan, hasil gandingan bersama ‘otai’ import Liga Malaysia, Francis Forkey Doe. Patrick memulakan karier di Akademi Sao Paulo FC sejak berusia 15 tahun, sebelum memulakan karier bersama pasukan Serie A Brazil, Corinthians. Memilih Ke Asia Seawal umur 22 tahun, Patrick memulakan langkah ke luar Brazil dengan memilih Indonesia sebagai destinasi pertama. Gambar beliau di media sosial bersama…

Read More
Pelbagai 

Skuad juara sulung Piala FA Pahang 2006-Dimanakah mereka sekarang?

Pahang menjuarai Piala FA buat pertama kali pada musim 2005/2006 dengan menewaskan Perlis melalui sepakan penalti 4-2 selepas terikat 0-0. Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan ini mencipta kejutan selepas tidak diberi perhatian akibat prestasi teruk dalam saingan liga. Dalam aksi Final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Pahang terpaksa melupakan khidmat Rosdi Talib yang digantung perlawanan selepas mengutip dua kad kuning dan Bernard Tchoutang yang mengalami kecederaan. Berikut kesebelasan utama Pahang yang berjaya merangkul trofi Piala FA buat pertama kalinya dalam sejarah selepas gagal pada percubaan pertama musim 1995…

Read More
Berita 

unifi Liga Super: Tok Gajah Raih Kemenangan Ketiga , Semakin Semangat Mencabar Kedudukan Liga

Pahang meneruskan momentum kemenangan dalam saingan unifi Liga Super selepas berjaya menundukkan skuad Rusa 4-0 di Stadium Darul Makmur sebentar tadi. Skuad Tok Gajah turun dengan membariskan kesebelasan utamanya manakala skuad pelawat masih tidak menurunkan tonggak importnya, Nicholas Velez yang masih belum cergas sepenuhnya. Negeri Sembilan nyata bersemangat untuk memburu gol pendahuluan seawal minit permainan dan menyaksikan skuad kendalian Azraai Khor memiliki 2 sepakan penjuru berturut-turut dan seakan memberi amaran awal akan kebangkitan pasukan itu. Pahang mula mendapat rentak selepas permainan memasuki minit ke 10 apabila serangan demi serangan berjaya…

Read More
Fakta Pelbagai 

5 Pemain Yang Pernah Membuat Penampilan Bersama Pahang dan Negeri Sembilan

Pahang dan Negeri Sembilan seakan memiliki persamaan apabila kedua-dua pasukan pernah mengecap zaman kegemilangan di era 90-an serta di awal fasa pertama saingan Liga Super, sebelum kedua-duanya melalui zaman yang tidak konsisten. Kedua-dua pasukan ini berkongsi bilangan trofi Liga Super (1) dan Piala FA (2) yang sama, namun Pahang sedikit cemerlang dengan memiliki lebih 2 trofi dalam saingan Piala Malaysia. Pertembungan kedua-dua pasukan ini juga tidaklah begitu dinantikan penyokong mereka seperti pertemuan Pahang bertemu JDT, atau Naning ‘Derby’-Negeri Sembilan bertemu Melaka. Daripada senarai pemain-pemain yang pernah menabur bakti untuk kedua-dua…

Read More
Fakta Pelbagai 

Piala FA: Masa Terbaik Untuk Ubati Kekecewaan Musim Lalu, Buru Dominasi Baru

Sejak diperkenalkan pada tahun 1990, Piala FA bukanlah sinonim dengan Pahang, kerana sepanjang 28 edisi Piala FA, Pahang hanya mampu muncul juara sebanyak 2 kali, itu pun di era millenium, selepas gagal dalam percubaan pertama di pentas Final pada tahun 1995 (kecundang 1-3 kepada Sabah). Walau bagaimana pun, selepas naik semula ke Liga Super pada musim 2013, aksi Pahang dalam saingan Piala FA agak cemerlang. Daripada 5 musim, hanya sekali terkandas di pusingan ketiga (2016), sekali juara dan naib juara, selebihnya terkandas di separuh akhir. Ternyata, Dollah Salleh dan Zainal…

Read More