Berita 

Walaupun Ini Perlawanan Pertama Kami, Saya Lega Kami Mampu Melakukannya-Patrick Cruz

Penampilan pertama penyerang import baharu Pahang, Patrick Cruz nyata cemerlang selepas membantu pasukannya melakar kemenangan ke atas seteru utama, Selangor di halaman lawan semalam.

Aksi pertamanya semalam nyata memukau para penyokong setia Tok Gajah selepas berjaya menyumbang satu gol serta membantu kepada penghasilan gol kedua oleh Francis Forkey Doe sekaligus melebarkan penguasaan Pahang ke atas Selangor di arena lawan selepas 4 musim.

Foto: Faiz Ishak

Saya nyata bersyukur kerana diberi kesempatan untuk beraksi dengan pasukan yang dianggap besar di dalam Liga Malaysia dan saya nekad untuk mempamerkan persembahan yang terbaik dan tidak terlalu memikirkan siapa yang akan menjaringkan gol untuk pasukan. Apa yang penting, kemenangan adalah misi kami dalam setiap perlawanan.

Patrick Cruz yang baru sahaja digandingkan dengan seorang lagi penyerang import, Francis Forkey Doe dilihat pantas menyesuaikan diri di bahagian hadapan sekaligus berjaya menyumbang 3 gol buat Pahang dalam perlawanan semalam.

Walaupun ini perlawanan pertama kami (bersama Forkey Doe), namun kami cepat mencipta keserasian dan memahami di antara satu sama lain. Saya berharap keserasian ini semakin meningkat dalam perlawanan akan datang seterusnya membantu Pahang melakar lebih kejayaan selepas ini.

Foto: Faiz Ishak

Dalam pada itu, Forkey Doe yang turut menyumbang dua gol dalam perlawanan itu turut menzahirkan nada yang sama dan menyifatkan komunikasi adalah teras kepada keserasian di antara kedua-dua penyerang ini.

Terdapat sedikit perbezaan dalam perlawanan ini berbanding aksi pertama saya di Kuantan tempoh hari. Kehadiran Cruz sedikit membebaskan saya dan tekanan untuk menjana serangan sedikit dipindahkan kepadanya untuk menambah variasi dalam menyerang.

Di dalam bola sepak, komunikasi adalah satu cara untuk membentuk keserasian. Saya banyak berkomunikasi dengan Cruz sebelum permainan dan saya bersyukur kami dapat melakukannya malam ini (semalam).

Persembahan yang bertenaga yang ditunjukkan kedua-dua penyerang import ini sekali lagi ditagih pasukan dalam mengharungi saingan Piala FA pada 4 march ini sebelum saingan liga bersambung pada 10 Mac di Kuantan.

Facebook Comments

Related posts

Leave a Comment

%d bloggers like this: