Berita Liga Super 

Dollah gembira prestasi Cruz dan Forkey Doe.

Pengendali pasukan Pahang, Dollah Salleh nyata gembira dengan prestasi yang di tunjukkan anak buahnya selepas berjaya membenam Selangor 3-1 di halaman lawan semalam.

Dalam aksi Liga Super itu, gol-gol pasukan Pahang di jaringkan oleh Patrick Cruz, pemain import yang baru di daftarkan dan dua gol melalui Forkey Doe yang juga merupakan gol yang ke 100 beliau dalam kancah Liga Malaysia yang telah beliau sertai sejak 2012.

Dollah memuji aksi kedua penyerang import ini yang walaupun pertama kali di gandingkan namun cepat menyesuaikan diri dalam membentuk persefahaman seperti yang di harapkan.

Kemasukan dua pemain ini nyata menyelesaikan masalah kebuntuan pasukan Pahang di barisan serangan seperti yang di tunjukkan dalam dua perlawanan awal Liga Super sebelum ini.

Ini yang kita harapkan, selepas dua perlawanan, kita masih tercari-cari penyerang. Dengan kemasukan Forkey Doe dan Patrick, nampaknya kita punya ramuan itu dah menjadi. Alhamdulillah, apa yang kita harapkan nampaknya terbukti.

Menurut Dollah Salleh lagi, kedua-dua penyerang importnya itu masih belum cergas sepenuhnya namun tetap bersemangat untuk di turunkan dan akhirnya membuktikannya melalui aksi yang di pamerkan pada perlawanan ini.

Patrick sebenarnya masih cedera. Dia mengalami twisted ankle sehari sebelum pasukan hadir ke Selangor. Walaupun masih belum cergas sepenuhnya, dia tetap bersemangat untuk turun beraksi dan akhirnya, dia berjaya buktikannya.

Saya juga tiada masalah dengan prestasi Forkey Doe sebab saya dah lama mengenali dia dan saya tau kemampuan dia. Walaupun dia belum 100% cergas tetapi dengan pengalaman dia selepas beberapa tahun beraksi di sini, dia tidak ada masalah untuk menyesuaikan diri dengan pasukan.

Komitmen tinggi yang di tunjukkan oleh pemain pasukan Pahang pada perlawanan ini terutamanya melalui Chan Vathanaka, Safuwan dan Sumareh akhirnya berjaya melalui corak permainan yang selama ini beliau idamkan.

Keseluruhannya, nampaknya ia seperti apa yang selama ini saya idamkan melalui corak permainan yang saya harapkan. Hari ni, ianya telah terbukti apabila semua pemain dapat menunjukkan komitmen yang tinggi.

Pahang selepas ini akan turun dalam aksi Piala FA bertemu pasukan ATM pada 4 March ini di lokasi yang masih belum di tetapkan.

Facebook Comments

Related posts

Leave a Comment

%d bloggers like this: