Berita 

unifi Liga Super: ‘Debut’ Cruz Bantu Pahang Lakar Kemenangan Bergaya

Patrick Cruz tidak menunggu lama untuk menyinar dalam penampilan pertamanya selepas berjaya membantu Pahang melakar kemenangan ke atas Selangor dengan jaringan 1-3 di Cheras sebentar tadi.

1 gol dan 1 ‘assist’ beliau selain 2 gol Francis Forkey Doe meletakkan Pahang di kedudukan terbaik untuk mencabar takhta liga.

Pahang segera mengejutkan tuan rumah apabila mendahului pada minit ke 6 melalui Patrick Cruz yang mudah menolak masuk hantaran silang Mohamadou Sumareh dari sebelah kiri pintu gol lawan.

Skuad Tok Gajah jelas menguasai permainan sepanjang babak pertama perlawanan.

Namun demikian, Selangor memperolehi gol penyamaan menerusi Rufino Segovia selepas berjaya memanfaatkan sepakan penalti pada minit ke 37.

Seperti babak pertama, Pahang pantas menjaringkan gol kedua pada minit ke 48 melalui Francis Forkey Doe yang melakukan rembatan deras hasil umpanan cantik Patrick Cruz.

Gol kemenangan Pahang sekali lagi hadir melalui Forkey Doe pada minit ke 70 hasil dari sepakan penalti sekaligus memastikan penguasaan Pahang ke atas Selangor kekal di halaman lawan selepas 4 musim.

Facebook Comments

Related posts

Leave a Comment

%d bloggers like this: