Fakta Liga Super Ulasan 

[Analisis] Pecah Rekod 2015 Untuk Berpeluang Muncul Juara 2018

Umum mengetahui kali terakhir Pahang bergelar juara saingan Liga Super adalah pada edisi yang pertama, iaitu 14 tahun yang lalu. Satu angka yang sangat besar dan sudah pasti, bukan sahaja ingin ditamatkan oleh barisan pemain malah para penyokong yang terlalu dahagakan kejuaraan liga.

Jikalau diimbas semula prestasi Pahang dalam 5 kejuaraan liga terdahulu (2013-2017), tahun 2015 merupakan yang terbaik untuk meraih kejuaraan dan hanya dipisahkan 2 mata dengan JDT.

Artikel ini melihat akan prestasi Pahang berdasarkan 5 tahun terdahulu berdasarkan jumlah keseluruhan perlawanan yang sama (22 perlawanan) berbanding tahun sebelum 2013 di mana menyaksikan pasukan yang bertanding melebihi 12 pasukan.

Jumlah gol dihasilkan:

Secara keseluruhan, sebanyak 184 gol berjaya dijaringkan oleh pasukan Pahang menjadikan purata sebanyak 36.8 gol dalam masa 5 tahun. Tahun 2017 merupakan prestasi yang terbaik di mana ‘strike force’ Tok Gajah berjaya menyumbangkan 44 jaringan dan hanya kurang satu jaringan (43 gol) pada tahun 2015.

Jikalau dibandingkan dengan juara liga iaitu JDT, purata jaringan yang dihasilkan adalah 42.6 gol, melebihi 5.8 gol berbanding purata gol yang dihasilkan Pahang. Namun demikian, mengikut ‘trend’ jaringan terendah yang pernah memenangi juara liga adalah sebanyak 32 gol seperti direkodkan Lions XII pada edisi 2013.

Jumlah gol dilepaskan:

Berdasarkan jumlah gol yang dilepaskan, sebanyak 157 kali dibolosi menjadikan purata bolos sebanyak 31.4 gol dalam masa 5 tahun. Seperti jumlah jaringan, tahun 2017 sekali lagi Pahang menunjukkan prestasi baik selepas hanya dibolosi 26 kali diikuti 29 kali pada tahun 2015.

Namun demikian, purata bolos ini adalah terlalu kebelakang jika dibandingkan dengan JDT yang hanya dibolosi sebanyak 19.8 kali (5 tahun). Mengikut rekod, juara pada edisi 2013, hanya dibolosi sebanyak 15 kali.

Mata dikutip di halaman sendiri:

Tahun 2015 menyaksikan Pahang ‘kebal’ di halaman sendiri selepas berjaya mengumpul 27 mata dan mengekalkan rekod bersih tanpa kalah di Darul Makmur. Prestasi yang sama pada tahun 2014 (27 mata), namun Pahang ditewaskan 2 kali di Kuantan. Untuk rekod, kali terakhir Pahang mengekalkan rekod tanpa kalah di Darul Makmur adalah pada tahun 2015.

Dalam pada itu, pada tahun 2014, Pahang merupakan pasukan yang paling banyak mengutip mata di halaman sendiri selepas berjaya mengumpul 27 mata, namun prestasi di tempat lawan sedikit mengecewakan.

Mata dikutip di arena lawan:

Pahang jelas garang di halaman lawan pada tahun 2017 selepas mengumpul 19 mata berbanding 17 mata diraih pada tahun 2015. Meskipun prestasi pada tahun 2016 agak terumbang-ambing, Pahang berjaya mengumpul 13 mata dan melebihi pencapaian tahun 2014 yang hanya merekod 10 mata di arena lawan.

Foto: Media PBNP

Rumusan:

Berdasarkan statistik 5 tahun terdahulu, jumlah mata maksimum yang pernah direkodkan Pahang selepas melalui 22 perlawanan adalah sebanyak 44 mata pada tahun 2015, melebihi 4 mata dari musim lepas.

Namun demikian, ia bukanlah yang terbaik untuk muncul juara. Berpandukan purata mata keseluruhan yang diraih oleh juara liga dalam tempoh 5 tahun terdahulu adalah sebanyak 48 mata. Justeru, Pahang perlu melipat gandakan usaha untuk mencecah angka purata ini sekiranya berkira-kira ingin bergelar sang juara.

Untuk rekod, jumlah mata minimum yang diraih juara liga adalah sebanyak 43 mata pada tahun 2013 dan jumlah mata maksimum adalah sebanyak 58 mata pada tahun 2016.

Model 2015 mungkin boleh dijadikan asas untuk mendapatkan lagi 4 mata untuk menyamai purata mata (juara) sebanyak 48 mata. Rekod bersih di Darul Makmur perlu dikekalkan seperti musim 2015 dan pasukan perlu menambah dengan mencuri sekurang-kurangnya 4 mata lagi di halaman lawan untuk menyamai mata purata juara liga.

Walaubagaimanapun, ia dianggap bonus dan sedikit menjamin peluang untuk meraih kejuaraan sekiranya berjaya menang ke atas pasukan ‘favourite’ dalam kedua-dua pusingan untuk menamatkan penantinan 14 tahun ini.

Facebook Comments

Related posts

Leave a Comment

%d bloggers like this: