Berita Liga Super Pahang FA 

Perlawanan Demi Perlawanan Akan Mematangkan Kami – Safuwan Baharudin

Pemain tengah pasukan Pahang, Safuwan Baharudin nyata nekad untuk mempamerkan aksi yang lebih baik menjelang perlawanan kedua unifi Liga Super bertemu PKNS FC di Shah Alam Rabu ini.

Pada perlawanan yang berlangsung semalam, skuad Tok Gajah gagal mengutip mata penuh selepas sekadar seri tanpa jaringan ke atas skuad Seladang di Kuantan.

Foto: Faiz Ishak

Namun demikian, tonggak skuad Tok Gajah itu tidak dapat menyembunyikan hasrat untuk bangkit bagi memburu  kemenangan pertama musim ini.

Saya akan melakukan lebih baik dalam perlawanan kedua nanti dan saya melihat dari sudut positif terhadap perlawanan yang berlangsung dalam tempoh terdekat (back to back) kerana ianya mampu meningkatkan momentum sepasukan. Perlawanan demi perlawanan ini akan mematangkan corak persembahan kami nanti dan saya yakin dengan kemampuan skuad Pahang dalam memburu kejayaan musim ini.

Dalam pada itu, Safuwan melihat persembahan yang dipamerkan semalam agak kurang menyakinkan berbanding ketika aksi pra musim sebelum ini.

Kami kurang melakukan hantaran-hantaran yang membolehkan kami mengawal perlawanan (ball possession), tidak seperti ketika pasukan melakukannya pada aksi pra musim. Mungkin ini merupakan perlawanan kompetitif yang pertama ditambah dengan tekanan rakan sepasukan yang bermain di arena sendiri sedikit mempengaruhi persembahan kami.

Foto: Faiz Ishak

Pemain kebangsaan Singapura ini bukanlah asing dalam arena bola sepak tempatan dan banyak didedahkan dengan corak permainan di liga Malaysia sejak mula mewakili Lions XII dahulu.

Memang sudah menjadi impian saya sejak dari dahulu lagi untuk menyarung jersi Pahang. Akhirnya impian saya menjadi kenyataan. Saya berharap akan meninggalkan legasi yang baik seperti yang dilakukan Fandi Ahmad ketika di Pahang dahulu. Saya turut berharap agar skuad musim 2018 ini akan meninggalkan kenangan yang manis dalam landskap bola sepak Pahang dan saya percaya kami akan melakukannya.

Facebook Comments

Related posts

Leave a Comment

%d bloggers like this: