Berita Pahang FA 

Piala Y.A.B Menteri Besar Terengganu: Pahang Mula Dengan Langkah Kiri

Pahang tewas dalam aksi pertama kejohanan 4 penjuru ke atas Terengganu FC 1 yang berlangsung di Kuala Terengganu malam tadi.

Pahang memulakan separuh masa pertama dengan menurunkan pemain import dari Sweden, Philip Hellquist dan digandingkan dengan Nor Shahrul Idlan di bahagian serangan.

Manakala, Chan Vathanaka diberi tanggungjawab bergerak di bahagian sayap kanan dan dibantu seorang lagi pemain import Safuwan Baharudin di bahagian tengah.

Pahang mengejutkan tuan rumah pada minit ke 26 hasil jaringan Hellquist yang berjaya mencari ruang kosong dan menyempurnakan hantaran lintang Mohamadou Sumareh dari sebelah kiri gawang tuan rumah.

Namun demikian, skuad Penyu bangkit beberapa minit kemudian dan berjaya menyamakan kedudukan melalui Ashari Samsudin yang mudah merembat dalam kotak penalti dan menewaskan penjaga gol Pahang, Helmi Heliza.

Foto: Media PBNP

Bersambung babak kedua, Pahang sekali lagi di hadapan apabila Nor Shahrul menjaringkan gol kedua pada minit ke 53 dan menyaksikan jentera serangan terus menekan tuan rumah.

Seperti separuh masa pertama, Terengganu segera menyamakan kedudukan hanya berselang beberapa minit, kali ini menerusi pemain import baharu, Igor Zanjic.

Sumareh hampir meletakkan Pahang kembali mendahului, namun percubaan menariknya pada minit ke 82 sekadar menggear palang gol tuan rumah.

Pahang membawa masuk beberapa pemain gantian untuk menambah kesegaran corak permainan namun gagal mendapatkan gol tambahan.

Faisal Halim cuba melepasi Fitri Omar

Sebaliknya, skuad tuan rumah berjaya menambah 2 lagi gol pada penghujung babak kedua permainan melalui Tchhetche dan Faiz Nasir seterusnya menoktahkan kemenangan buat pasukan tuan rumah dengan jaringan 4-2.

Pahang akan meneruskan perlawanan kedua pada 16 Januari dan akan bertemu pasukan Melaka United.

Foto: Media PBNP

Facebook Comments

Related posts

Leave a Comment

%d bloggers like this: