Fakta Liga Super Pahang FA Ulasan 

Chan Vathanaka – Penyerang Prolifik Kemboja Yang Menggegar Asia

Beliau baru berusia 24 tahun dan sudah memiliki lebih 30 caps bersama skuad kebangsaan Kemboja. Pemain ini pernah memenangi Anugerah Kasut Emas untuk liga utama Kemboja, Cambodian League selama 2 musim berturut-turut (2015 & 2016) ketika bersama kelab Boeung Ket Angkor.

Chan Vathanaka, penyerang sensasi kelahiran Kemboja yang digelar ‘Messi Kemboja’ bakal membarisi jentera serangan Pahang bagi musim 2018. 

Ketika memenangi penjaring terbanyak Liga Kemboja 2015. Kredit foto : Cambodian Football

Karier beliau bermula di Preah Khan Reach Svay Rieng FC pada tahun 2010. Selepas membuat penampilan bersama skuad senior selama 2 tahun, beliau dipancing kelab gergasi Kemboja, Boeung Ket Angkor FC pada usia 18 tahun.

Nama beliau mula melonjak naik pada musim 2015, apabila berjaya meledak 35 gol sepanjang musim seterusnya mencetak nama pada Anugerah Kasut Emas.

Pada musim tersebut juga, beliau membantu kelabnya melangkah ke final Piala Kejuaraan Mekong (kejohanan Juara-juara Kelab negara sepanjang Sungai Mekong) sebelum tewas 0-1 kepada juara Liga Thailand, Buriram United.

Beliau turut dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan dengan menjadi penjaring terbanyak dengan 5 gol.

Dipinjamkan ke kelab Liga Div 3 Jepun, Fujimeida MYC. Kredit foto : The Phnom Phen Post

Pada musim 2016, beliau sekali lagi mencetak nama sebagai pemenang Anugerah Kasut Emas dengan 22 gol, dan seterusnya membantu  Boeung Ket Angkor FC muncul juara liga Kemboja buat kali kedua dalam sejarah kelab.

Beliau kemudiannya dipinjamkan ke kelab Divisyen 3 Jepun, Fujieda MYC, namun gagal menyesuaikan diri untuk merebut tempat dalam skuad utama.

Pada penghujung tahun 2016, nama beliau mula bermain di bibir peminat bola sepak Malaysia, apabila meledak 2 gol sewaktu menentang skuad kebangsaan dalam kejohanan Piala AFF 2016 di Myanmar.

Walaupun Kemboja tewas kesemua perlawanan peringkat kumpulan, namun aksi memukau beliau menarik perhatian peminat bola sepak Asia Tenggara.

Bagi menghadapi musim 2018, Pahang pantas memancing Chan Vathanaka yang kembali semula ke Kemboja selepas gagal menyerlah di Jepun bagi mengisi slot 4+1 kuota import.

Kehadiran beliau ke Darul Makmur dijangka dapat mempertajamkan lagi barisan serangan skuad kendalian Dollah Salleh dengan kemampuannya beraksi sebagai penyerang tunggal atau pun sebagai pemain sayap.

ស្វាគមន៍ Chan Vathanaka ke Darul Makmur !

Facebook Comments

Related posts

Leave a Comment

%d bloggers like this: