Fakta Liga Super Pahang FA Ulasan 

Safuwan Baharuddin : 5 Fakta Tentang Import Baru Pahang !

Pemain serba boleh Singapura, Safuwan Baharuddin baru sahaja menandatangani kontrak bagi pasukan Pahang dalam saingan Liga Super 2018. Melalui akaun Instagram miliknya, Safuwan memuat naik gambar beliau bersama bekas penyerang JDT dan Felda United, Norshahrul Idlan Talaha, serta Presiden PBNP, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Ibni Sultan Ahmad Shah dengan menulis tanda pagar “#dreamscometrue”. Berikut fakta menarik mengenai pemain berusia 26 tahun ini :

Safuwan asalnya bermain di posisi penyerang semasa menuntut di Institute of Technical Education, Singapura, sebelum beralih ke posisi tengah ketika bersama National Football Academy (NFA), Singapura.

Jurulatih NFA U17, Salim Moin kemudiannya menukar posisinya sebagai pertahanan. Maka tidak hairanlah ketika bersama Lions XII dan PDRM, Safuwan kerap bermain di pelbagai posisi terutama ketika pasukan memerlukan gol di akhir permainan.

Baru 5 musim di Malaysia, Safuwan sudah memenangi 2 trofi utama iaitu Liga Super 2013 dan Piala FA 2015. Kedua-duanya bersama Lions XII. Hanya trofi Piala Malaysia beliau masih belum menangi.

Photo by: Fourfourtwo.com

Ketika dipinjamkan bersama Melbourne City, Safuwan telah bermain bersama pemain tengah Huddersfield Town, Aaron Mooy, dan bekas pemain Chelsea, Damien Duff. Beliau Berjaya menjaringkan 2 gol daripada 6 penampilan.

Safuwan juga memiliki kejuaraan bersama skuad kebangsaan Singapura iaitu Piala AFF Suzuki pada tahun 2012.

Safuwan hampir menyertai T-Team pada musim 2014, sebelum membuat ‘u-turn’ untuk kekal bersama Lions XII selama 2 musim lagi. Berkelana sekejap ke Australia, sebelum kembali ke Liga Malaysia bersama PDRM untuk 2 musim.

Dengan perpindahan ini, Safuwan dijangka bakal memperkuatkan posisi pertahanan Pahang yang agak goyah pada musim 2017, atau diberikan peluang berganding dengan Nor Azam Azih di bahagian tengah.

Semoga berjaya Safuwan dan bakal menjadi sebahagian lagenda Singapura yang penah beraksi dan menyumbang bakti bersama Pahang sekitar tahun 80-90an yang lalu.

Featured image: Media PBNP

Facebook Comments

Related posts

Leave a Comment

%d bloggers like this: