Pahang tewas aksi terakhir pra-musim di Thailand

Pahang tewas dalam aksi terakhir pra-musim di Thailand dengan pendatang baru Liga Utama Korea Selatan, Gyeongnam FC dengan jaringan 1-0 sebentar tadi.

Beraksi di atas  padang yang basah dan bermain dalam 3 fasa permainan, jentera serangan Pahang yang dipimpin Philip Hellquist gagal menjaringkan sebarang gol.

Namun, kekentalan barisan pertahanan yang hanya melepaskan satu jaringan seharusnya boleh diberikan pujian.

Dalam pada itu, pasukan Pahang akan terus menjalani latihan sebaik pulang dari Thailand dan akan menyertai satu kejohanan 4 penjuru di Kuala Terengganu dari 15-19 Januari ini.

Antara pasukan yang mengesahkan menyertai kejohanan ini adalah Terengganu I dan Terengganu II serta pasukan Melaka United yang turut menjalani siri jelajah antarabangsa di Vietnam.

Foto: Media PBNP

Facebook Comments

About Oesandro

"There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesising the electrifying football scene".
View all posts by Oesandro →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *