2018 : Satu permulaan

Kurang dari 30 hari sebelum sepak mula Liga Super yang akan belangsung pada awal febuari 2018, persiapan rapi sedang dilancarkan termasuklah laporan yang menyatakan mengenai perlawanan pra-musim membabitkan pasukan Tok Gajah di Thailand.

Berbekalkan skuad yang hampir lengkap temasuklah perkhabaran mengenai kedatangan seorang lagi pemain import baharu yang akan menyertai pasukan dalam masa terdekat, ia mampu menyediakan sebuah pasukan yang lebih baik berbanding musim terdahulu.

Jika di imbas prestasi Pahang dalam 5 edisi Liga Super sebelum ini, musim 2015 adalah dianggap cemerlang selepas Pahang berjaya merekodkan 44 mata dan hanya 2 mata dibezakan dengan juara liga, JDT.

Sekiranya diambil secara purata, Pahang telah merekodkan 36 mata dalam 5 penampilan terdahulu. Jika dibandingkan dengan pasukan-pasukan yang lain, Pahang berada ditangga ketiga dibelakang JDT yang merekodkan purata 47.4 mata dan Selangor dengan 36.2 mata.

Selepas melalui musim suram pada tahun 2016, bangkit kembali pada 2017, apakah pula skrip penceritaan pada musim baharu yang bakal bermula nanti? Adakah penantian 14 tahun bakal terlerai pada edisi kali ini?

Facebook Comments

About Oesandro

"There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesising the electrifying football scene".
View all posts by Oesandro →

1 thought on “2018 : Satu permulaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *