Anda di sini
Laman Utama > Berita > [TM Piala Malaysia 2017] Sang Seladang tunjuk Tok Gajah jalan keluar

[TM Piala Malaysia 2017] Sang Seladang tunjuk Tok Gajah jalan keluar

Juara Piala Malaysia empat kali, Pahang gagal mempertahankan kelebihan 2 gol pada aksi pertama suku akhir selepas dikecewakan Perak 4-0 dalam perlawanan kedua suku akhir TM Piala Malaysia yang berlangsung di Ipoh Ahad lalu.

Terlebih dahulu, skuad Pahang yang memiliki kemenangan moral dalam saingan liga baru-baru ini turun dengan barisan terkuatnya dalam usaha melayakkan diri ke saingan separuh akhir.

Skuad pelawat membuat sedikit rombakan dengan membawa masuk Fransisco Insa ke dalam kesebelasan utama bagi menggantikan Afif Amirudin di bahagian pertahanan tengah. Manakala skuad tuan rumah meletakkan Zaquan Adha dalam kesebelasan utama yang beraksi di bahagian serangan sementara terpaksa mengetepikan penyerang importnya, Yasir Pintho yang mengalami kecederaan.

Tuan rumah nyata garang seawal minit permainan dengan melancarkan serangan bertali arus menerusi rangkaian Nasir Baharudin, Amirul Azhan dan Gilmar Da silva. Ternyata tekanan awal itu membuahkan hasil apabila pada minit ke 3, Gilmar berjaya melepasi 2 kawalan pertahanan Pahang dan merembat leret dalam kotak penalti menewaskan Wan Azraie.

Zaquan Adha hampir menggandakan jaringan, namun sepakannya lemah dan diselamatkan penjaga gol Pahang. Pahang tampak mula mendapat rentak permainan dan sesekali dilihat berjaya melakukan asakan melalui Sumareh pada minit ke 25 dan Wan Zaharulnizam pada minit ke 26, namun tidak benar-benar mengancam kubu tuan rumah.

Jentera serangan Perak tampak terus bersemangat memburu gol kedua bagi mencerahkan laluan ke separuh akhir. Hasilnya pada minit ke 63, Gilmar Da Silva berjaya menambah gol kedua menerusi tandukan yang berpunca dari sepakan percuma Nazrin Nawi dari sebelah kanan pintu gol Pahang.

Skuad seladang terus menambah derita Pahang apabila menambah jaringan ketiga melalui pemain gantian Kenny Pallraj pada minit ke 77. Jaringan ketiga itu terus menekan skuad pelawat dan menyaksikan kawalan perlawanan bertambah longgar terutama di bahagian pertahanan.

Rentetan itu, anak-anak buah Mehmet Durakovic berjaya menjaringkan gol ke empat menerusi Nazrin Nawi pada masa kecederaan seterusnya menghantar pasukan Perak ke saingan separuh akhir bertemu JDT, Oktober nanti.

Barisan pemain-pemain:
Perak FA: Shahrul Saad, Nasir Basharudin, Shahrom Kalam (K), Zaquan Adha, Nazrin Nawi, Nazirul Naim, Hafizul Hakim (PG), Amirul Azhan, Leandro Dos Santos, Thiago Junio, Gilmar Da Silva.

Pahang FA: Matthew Davies (K), Saifulizam Miswan, Wan Zaharulnizam, Fransisco Insa, Yamil Romero, Faisal Rosli, Jaewon Heo, Nor Azam Azih, Mohamadou Sumareh, Wan Muhammad Azraie (PG), Matheus Alves.

Foto: Media PBNP

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top