Anda di sini
Laman Utama > Berita > [Liga Super 2017] Pahang semakin hampiri gelaran naib juara

[Liga Super 2017] Pahang semakin hampiri gelaran naib juara

Kemenangan 1-0 ke atas pasukan T-Team Fc dalam saingan Liga Super semalam sudah cukup untuk meletakkan skuad Pahang dalam keadaan selesa untuk muncul naib juara Liga Super 2017.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Pahang berjaya membawa pulang 3 mata sekaligus menjarakkan kedudukan dengan pencabar yang berada di kedudukan ketiga liga iaitu Kedah.

Pahang tampak bermula garang apabila berjaya melakukan 2 percubaan tepat ke arah gawang gol melalui rembatan Matthew Davies dan Christie Jayaselan, namun belum cukup untuk menewaskan penjaga gol T Team. Skuad The Titans turut memilki beberapa peluang untuk memecah kebuntuan, mujurlah Helmi Heliza lebih tangkas menyelamatkan gawang gol Pahang.

Gol tunggal perlawanan hanya hadir pada lewat separuh masa kedua menerusi Matheus Alves hasil dari larian solo dari tengah padang sebelum merembat kencang menewaskan penjaga gol tuan rumah.

Kemenangan ini menyaksikan Pahang dibezakan 5 mata dengan pasukan Kedah selepas skuad Hijau Kuning tewas ke atas Sarawak 4-2 di Kuching. Sementara itu, Felda United turut berpeluang memintas Pahang sekiranya menang dalam 2 aksi terakhir liga.

Foto: T-Team FC Facebook

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top