Anda di sini
Laman Utama > Berita > Matt selesa di situ – Ahmad Shaharudin

Matt selesa di situ – Ahmad Shaharudin

Ketua pasukan Pahang, Matthew Davies berjaya mempamerkan aksi yang baik selepas beliau ditempatkan di posisi yang bukan kebiasaanya bersama Tok Gajah sebelum ini.

Pengendali sementara pasukan Pahang, Ahmad Shaharudin Rosdi nyata berpuas hati dengan peranan baru yang dimainkan ketua pasukannya itu, lapor Mezzo Fauzi.

Foto: Faiz Ishak

Memang kami buat persediaan untuk meletakkan beliau (Davies) di bahagian sayap melalui beberapa siri percubaan sepanjang latihan dan ternyata kami melihat beliau selesa berada di situ.

Seperti yang diberitahu, beliau pernah beraksi di bahagian sayap dan ternyata dengan persembahan yang baik melalui 1 jaringan dan 1 assist, membuktikan betapa beliau berpengalaman beraksi sebagai pemain sayap.

Dalam pada itu, Matthew Davies yang dilihat turut banyak beraksi di bahagian sayap ketika bersama skuad kebangsaan dalam kejohanan Sukan SEA baru-baru ini nyata puas dengan perancangan perlawanan semalam.

Ia sedikit berbeza dengan peranan saya ketika bersama skuad kebangsaan di mana saya perlu bertahan, tetapi kurang untuk perlawanan semalam. Inilah posisi saya semasa bermain dahulu dan saya sangat mengemarinya.

Walaupun dapat menjaringkan satu gol, saya rasa belum cukup dan agak terkilan kerana melepaskan peluang terbaik untuk menambah lebih banyak gol sebagai bekalan yang lebih selesa.

Pada perlawanan suku akhir pertama TM Piala Malaysia di Kuantan semalam, Pahang berjaya membawa bekalan 3 gol sebelum berkunjung ke Ipoh Sabtu depan untuk perlawanan kedua.

Selain Matthew Davies, 2 gol Pahang dijaringkan oleh Wan Zaharulnizam dan Afif Amiruddin yang dihasilkan dalam tempoh 5 minit. Manakala gol tunggal pelawat dihasilkan oleh Gilmar Da Silva.

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top