Anda di sini
Laman Utama > Pahang FA > [Preview Suku Akhir 1 TM Piala Malaysia] Pahang vs Perak

[Preview Suku Akhir 1 TM Piala Malaysia] Pahang vs Perak

Pahang bakal bertembung dengan Perak dalam aksi suku akhir TM Piala Malaysia 2017 Sabtu ini di mana skuad Tok Gajah terlebih dahulu menjadi tuan rumah sebelum aksi kedua bakal berlangsung di Ipoh pada 23 September ini.

Pertembungan yang bolehlah dilabelkan sebagai epik buat kedua-dua penyokong setianya di mana setiap perlawanan ada terpahat memori suka dan duka buat kedua-dua pasukan. Mengambil kira statistik sejak musim 2007, 4 pertemuan telah dilalui buat kedua-dua pasukan dalam saingan Piala Malaysia.

Paling terkesan adalah ketika skaud Tok Gajah mudah diratah di Ipoh pada saingan peringkat kumpulan apabila dibelasah 5-0.

Musim ini, selok belok permainan antara kedua-dua pasukan agak sukar diramal kerana hanya melibatkan satu pertembungan yang menyaksikan kedua-dua pasukan sekadar seri 1-1 di Ipoh dalam kejuaraan Liga Super.

Di atas kertas dan berdasarkan prestasi semasa, Perak dilihat memiliki sedikit kelebihan. Berbekalkan reputasi selaku juara kumpulan B dengan mengutip 16 mata dan merupakan pasukan tunggal yang belum tewas dalam saingan Piala Malaysia musim ini, ia sudah pasti menggerunkan Tok Gajah.

Bukan itu sahaja, benteng pertahanan Perak turut utuh, manakan tidak hanya 3 gol dilepaskan  mereka dan turut merupakan pasukan yang paling kurang dibolosi sepanjang perlawanan peringkat kumpulan.

Strike force kedua-dua pasukan agak seimbang, Alves dan Gilmar masing-masing meledak 5 gol dalam saingan peringkat kumpulan. Namun, jumlah jaringan Tok Gajah sedikit dihadapan dengan 14 gol.

Konsistensi adalah menjadi punca mengapa Perak kurang memberi saingan dalam kejuaraan Liga Super musim ini. Namun, jika di imbas prestasi mereka dalam perlawanan peringkat kumpulan, konsistensi itu seakan dijumpai. Sudah pasti tidak diingini Pahang yang sedar akan bahaya yang bakal dihadapi tatkala pasukan lawan sudah menjumpai momentumnya.

Apa-apapun, perlawanan yang sukar diramal, kedua-dua pasukan pernah bergelut untuk mengekalkan momentum kemenangan sepanjang musim ini. Pahang berbekalkan reputasi sebagai cup specialist seperti yang dizahirkan di pentas Piala Malaysia 2013 & 2014 serta Final Piala FA lalu dilihat akan menjadikan dorongan untuk mengejutkan pasukan pilihan Sabtu ini.

Foto: Media PBNP

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top