Anda di sini
Laman Utama > Berita > [Piala Malaysia] Pahang cemas sebelum ke suku akhir

[Piala Malaysia] Pahang cemas sebelum ke suku akhir

Skuad Tok Gajah “berpeluh” sebelum mara ke saingan kalah mati selepas menundukkan T-Team 3-2 di Kuantan Sabtu lalu. Gol lewat permainan oleh Yamil Romero pada minit ke 85 memastikan laluan mutlak Pahang ke pentas suku akhir sebelum dilihat terumbang ambing selepas diikat kedudukan pada minit 57 hasil jaringan Abdoulaye Maiga.

Walaubagaimanapun, Pahang terlebih dahulu di hadapan menerusi jaringan Matheus Alves selepas pantas menyempurnakan keadaan kelam kabut dalam kotak penalti lawan. Gol berpunca dari hantaran R Kogileswaran dari sebelah kanan pintu gol lawan yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol T Team dan disudahkan Alves pada minit ke 40 separuh masa pertama.

Syed Sobri menemui jaringan penyamaan pada minit ke 52 selepas kesilapan Wan Azraie yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya. Namun, Nor Azam Azih sekali lagi mengulangi magis Sukan SEA baru-baru ini dengan merembat deras menewaskan penjaga gol T Team untuk kembali mendahului lawan.

Berselang 4 minit kemudian, Maiga menambah tekanan tuan rumah dengan jaringan penyamaan, namun Yamil Romero hadir pada waktu yang tepat dengan melepaskan sepakan lencong dari luar kotak penalti seterusnya menghantar Pahang ke pentas suku akhir sebagai naib juara kumpulan A.

Pahang akan bertemu juara kumpulan B, Perak di peringkat suku akhir di mana Pahang terlebih dahulu menanti kunjungan skuad The Bos Gaurus Sabtu ini. Manakala perlawanan kedua dijadualkan pada 23 September di Ipoh.

Sementara itu, jurulatih interim Pahang, Ahmad Shaharudin Rosdi nyata lega dengan keputusan ini, namun tidak dapat menyembunyikan rasa gusar terhadap barisan pertahanannya.

Saya akan menilai semula prestasi pasukan terutamanya di barisan benteng sebelum menghadapi saingan suku akhir bertemu Perak Sabtu ini. Kami perlu menggandakan usaha dan terus memperbaiki kelemahan pasukan untuk mencatat keputusan positif Sabtu ini.

Foto: Media PBNP

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top