Anda di sini
Laman Utama > Pahang FA > [Piala Malaysia] Mesti menang, siapa jumpa siapa?

[Piala Malaysia] Mesti menang, siapa jumpa siapa?

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan saingan TM Piala Malaysia bakal diteruskan Sabtu ini bagi mencari 2 lagi slot untuk mengiringi 6 buah pasukan yang telah layak ke saingan suku akhir sebelum aksi ditangguhkan awal bulan Ogos yang lalu.

Tumpuan pasti terarah kepada saingan di kumpulan A dan C yang membabitkan perebutan slot di antara Pahang,Negeri Sembilan, T Team, Melaka United dan  Kelantan yang masih berpeluang untuk menempah slot terakhir seandainya mencatatkan kemenangan pada aksi terakhir ini.

Tinggalkan sejenak saingan kumpulan C kerana battle yang lebih menarik bakal disaksikan membabitkan aksi 3 penjuru di antara skuad Tok Gajah, Negeri Sembilan dan T Team. Meskipun kelebihan dilihat kepada 2 pasukan tuan rumah iaitu Pahang dan Negeri Sembilan, ancaman skuad The Titans tidak boleh dipandang ringgan yang sedia membuat kejutan ke atas Pahang di Kuantan sambil mengharapkan sentuhan PKNP untuk menumbangkan skuad The Jangs.

Bagi pasukan Pahang, kesempatan beraksi di laman sendiri pasti digunakan untuk menewaskan T Team seterusnya membaiki prestasi musim 2016 yang hanya terkandas di saingan kumpulan dengan merekodkan 9 mata. Memang diakui bahawa prestasi Pahang musim ini dalam saingan Piala Malaysia agak mengecewakan, namun ia diharap bukanlah berlarutan pada fasa-fasa terakhir ini.

Seperti yang dibuktikan Pahang pada aksi-aksi Piala Malaysia sejak musim 2010 yang hanya melepasi peringkat suku akhir sebagai naib juara kumpulan, tidak mustahil skrip yang sama bakal diulangi musim ini bagi mengembalikan nostalgia 2013 dan 2014.

Sekiranya layak ke pusingan suku akhir, siapa pula lawan yang bakal menanti pada 15/16 September ini? Format musim ini meletakkan pertemuan di antara kumpulan A dan B serta C bertemu D. Kumpulan B membabitkan 2 pasukan yang telah menempah slot suku akhir iaitu Perak dan Felda United.

Persoalannya, adakah skuad Perak akan menamatkan saingan sebagai naib juara kumpulan B untuk mengelak bertemu Pahang yang dilihat lebih gah di atas kertas berbanding PKNP?. Untuk rekod, Perak sedang mendahului kumpulan B dengan 13 mata, 2 mata di hadapan Felda United sebelum aksi terakhir di Ipoh bertemu skuad The Fighters.

Adakah perlawanan “adik-abang” bakal disaksikan pada pertembungan suku akhir musim ini?

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top