Anda di sini
Laman Utama > Berita > Dollah lega pemain kembali temui sentuhan

Dollah lega pemain kembali temui sentuhan

Selepas mengharungi 4 perlawanan tanpa mencatatkan sebarang kemenangan, kejayaan menundukkan pasukan PKNS FC di Shah Alam semalam nyata hadir pada masa yang tepat bagi membentuk semula roh kemenangan yang dilakar sebelum ini.

Ketua jurulatih skuad Tok Gajah, Dollah Salleh nyata lega dengan keputusan semalam namun menyifatkan prestasi pasukan Pahang masih belum menyakinkan.

Perlawanan malam ini (semalam) agak hambar, namun saya berasa bersyukur apabila akhirnya kita mencapai kemenangan seterusnya bakal menyuntik semangat para pemain untuk terus memburu keputusan positif pada perlawanan-perlawanan akan datang.

Sementara itu, seorang lagi pemain import Pahang, Mohamadou Sumareh turut mencipta nama sebagai penjaring apabila mudah menolak masuk bola yang ditepis Zamir Selamat dalam kotak penalti seterusnya menyuntik semangat para pemain untuk memburu lebih banyak gol.

Alhamdullillah, Sumareh dapat menghasilkan jaringan selepas agak lama kita terlalu bergantung kepada Matheus Alves untuk meledak. Sebelum perlawanan, saya ada menyampaikan amanat kepada para pemain untuk menghasilkan jaringan seperti yang dibuktikan sebelum tempoh rehat yang lalu. Diharapkan selepas ini, mereka (pemain) dapat menghasilkan lebih banyak jaringan.

Pada perlawanan Liga Super yang berlangsung semalam, Pahang berjaya menewaskan PKNS di laman lawan melalui satu jaringan oleh Mohamadou Sumareh pada separuh masa pertama dan 2 lagi jaringan pada separuh masa kedua oleh penjaring terbanyak pasukan Pahang, Matheus Alves.

Kemenangan 1-3 semalam menyaksikan skuad Tok Gajah terus menghambat pasukan Kedah untuk sekurang-kurangnya menamatkan kempen Liga Super di belakang JDT.

Foto: Media PBNP

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top