Anda di sini
Laman Utama > Berita > [TM Piala Malaysia] Pahang di ikat PKNP di Ipoh

[TM Piala Malaysia] Pahang di ikat PKNP di Ipoh

PKNP (1)-(1) Pahang

Skuad kendalian Dollah Salleh terus kempunan mencipta kemenangan pertama dalam saingan kumpulan A Piala Malaysia apabila sekadar seri ke atas pendatang baru Piala Malaysia di Stadium Perak, Ipoh sebentar tadi.

Pahang menampilkan 3 muka baru dalam kesebelasan utama dengan menurunkan Ashari Samsudin, Zubir Azmi dan Afif Amirudin bagi mencari kekuatan baharu dalam corak persembahan Pahang.

Skuad tuan rumah terlebih dahulu menguji kubu Pahang melalui 2 sepakan jarak jauh pemain importnya, Hyeon Woo Kim. Pahang mula mendapat rentak pada minit ke 12 dan berpeluang memecah kebuntuan, namun sepakan leret Matheus Alves dalam kotak penalti sedikit tersasar.

PKNP turut mendapat peluang terbaik menjaringkan gol, mujurlah pada minit ke 25, Wan Azraie lebih tangkas mengagalkan percubaan ketua pasukan PKNP, Shahrel Fikri.

Tiada ancaman yang boleh menghasilkan gol buat kedua-dua pasukan sehinggalah berakhir babak pertama.

Seperti kebiasaan, Pahang menampilkan aksi yang lebih bertenaga pada separuh masa kedua. Buktinya, skuad pelawat berjaya memecah kebuntuan apabila pada minit ke 52, Matheus Alves berjaya melepasi 2 kawalan pertahanan dan merembat kencang menewaskan Ahmad Asyraaf.

Pahang berpeluang melebarkan jaringan pada minit ke 61, namun sepakan Ashari Samsudin lemah dan mudah diselamatkan penjaga gol.

PKNP tetap melawan dan cuba menyamakan kedudukan dan memperoleh peluang keemasan pada minit ke 65, kali ini Wan Azraie beraksi cemerlang menyelamatkan sepakan Shahrel Fikri yang ketika itu berada dalam situasi satu lawan satu.

Usaha keras tuan rumah akhirnya terbalas apabila pada minit ke 80, melalui serangan dari sebelah kanan pintu gol Pahang, Mohamad Ramdan berjaya melakukan hantaran lintang yang akhirnya tertampan Afif Amirudin bagi memberikan gol penyamaan buat tuan rumah.

Tamat separuh masa kedua menyaksikan Pahang terus dilanda resah untuk terus bersaing dalam kumpulan A kempen Piala Malaysia.

Barisan pemain-pemain:

PKNP FC: Ahmad Asyraaf(PG), Muhammad Syazwan, Ritus Krjauklis, Muhamad Norhizwan (Ezanie Mat Saleh), Mohammad Raffi, Sharel Fikri (K), Ahmad Sukri, Mohd Hafiz Ramdan, Gilberto Valdenesio, Hyeon Woo Kim (Deevan Raj), Muhammad Fadhil Idris (Vincent Lucas).

Pahang FA: Wan Azraie (PG), Matthew Davies (C) (Saifulnizam Miswan), Jaewon Heo, Afif Amirudin, Zubir Azmi, Yamil Romero, Ahmad Syamim Yahya, Ashari Samsudin (Faisal Halim), Wan Zaharulnizam (Nurridzuan), Mohamadou Sumareh, Matheus Alves.

Pengadil Perlawanan: Muhammad Rahmat Jantan

Foto: Media PBNP

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: