Anda di sini
Laman Utama > Berita > Pahang tewas di Jengka

Pahang tewas di Jengka

Felda United bangkit dari ketinggalan seawal minit pertama apabila berjaya menewaskan skuad Tok Gajah dengan jaringan 2-1 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, sebentar tadi.

Pahang turun dengan kesebelasan sama ketika saingan terakhir ke atas Selangor sebelum liga berehat. Manakala skuad tuan rumah menurunkan ketiga-tiga pemain import baru dan tidak menurunkan Wan Zack Haikal dalam kesebelasan utama.

Pahang memulakan separuh masa pertama dengan bergaya apabila segera menemui gawang gol selepas Mohamadou Sumareh bijak menyudahkan percubaan Matheus Alves yang terlebih dahulu terkena tiang gol.

Namun, skuad The Fighters lantas memperkemaskan barisan serangan dan hasilnya berjaya bangkit menyamakan kedudukan melalui pemain import baru, Ifedayo Olusegun yang mudah memanfaatkan hantaran melalui sepakan percuma.

Thiago Agusto berpeluang untuk menambah jaringan, namun hantaran Nor shahrul Idlan dari sebelah kanan pintu gol Pahang gagal di tanduk kemas Thiago Agusto.

Wan Zaharulnizam memiliki dua peluang terbaik untuk meledak, namun percubaannya pada minit ke 28 dan ke 39 tidak menemui sasaran. Tamat separuh masa pertama, kedudukan terikat 1-1.

Bersambung babak kedua perlawanan, pasukan tuan rumah lebih menguasai permainan dan memiliki deretan peluang terbaik untuk mendahului pasukan pelawat.

Pada minit ke 75, Thiago Augusto hampir menambah jaringan buat pasukan tuan rumah, mujurlah penjaga gol Pahang, Wan Azraie lebih bersedia menyelamatkan tandukan kencang itu.

Berselang seminit kemudian, Augusto sekali lagi mengancam pintu gol pelawat, namun kali ini Faisal Rosli berjaya mengekang percubaan berbahaya Augusto.

Seakan-akan perlawanan bakal berakhir dengan keputusan seri, Thiago Augusto menjadi wira skuad tuan rumah apabila berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke 88.

Dua gol jaringan pemain import baru skuad The Fighters itu menyulitkan lagi laluan Pahang untuk merapatkan jurang mata dengan JDT.

Barisan pemain-pemain:

Felda United: Mohd Farizal Harun (PG), Dino Djulbic, Thiago Agusto, Nor Shahrul Idlan (Wan Zack Haikal), Zah Rahan (K), Ifedayo Olusegun, K. Prabakaran, Stuart James, Wan Amirul Afiq, Mohd Alif, Curran Lawrance (Danial Amier).

Pahang FA: Wan Azraie (PG), Matthew Davies (C), Jaewon Heo, Muslim Ahmad, Faisal Rosli, Yamil Romero, Ahmad Syamim Yahya, Nor Azam Azih (Salamon Raj), Wan Zaharulnizam (Christie Jayaselan), Mohamadou Sumareh (Nurridzuan), Matheus Alves.

Pengadil Perlawanan: Mohammad Zamzaidi Katimin

Foto (featured image): Media PBNP

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top