Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > [Preview MSL] Felda United vs Pahang

[Preview MSL] Felda United vs Pahang

Kemeriahan saingan liga kembali bersambung selepas berehat hampir 6 minggu. Perlawanan ketiga pusingan kedua Liga Super bakal dijadikan medan terbaik buat mana-mana pasukan untuk terus meletakkan pasukan masing-masing dalam kedudukan terbaik apatah lagi selepas menerima suntikan kehadiran pemain baru pada jendela perpindahan pemain baru-baru ini.

Pemain baru: Hanya Yamil Romero merupakan pemain baru yang didaftarkan sepanjang tempoh pertukaran pemain dan telah beraksi dalam 2 perlawanan sebelum saingan Liga Malaysia berehat.

Manakala buat skuad Felda United, 3 pemain import baru telah didaftarkan bagi mengukuhkan cengkaman liga selepas dilihat agak terumbang-ambing pada awal saingan. Dua pemain penyerang iaitu Ifedayo Olusegun dan Thiago Augusto serta seorang pemain pertahanan iaitu Dino Djulbic dari Perth Glory FC bakal menjadi taruhan baru skuad The Fighters ini.

Foto: Media PBNP

Aksi pemanas badan: 5 perlawanan pemanas badan telah diatur sepanjang tempoh rehat baru-baru ini dengan menyaksikan skuad Felda United menang 3 perlawanan dan dua kali seri sambil gandingan penyerang baru Ifedayo dan Augusto masing-masing berjaya meledak gol buat pasukan.

Manakala hanya 2 perlawanan diadakan bagi skuad Tok Gajah bagi menguji barisan pemain simpanan tatkala 6 pemain menyertai kem skuad kebangsaan. Mudah menewaskan pasukan UiTM dengan jaringan 5-0, namun sekadar terikat dengan keputusan 3-3 apabila melayani kunjungan skuad Penyu di Kuantan.

Rekod pertemuan: Kedua-dua pasukan sekadar berkongsi mata pada perlawanan pusingan pertama di Kuantan pada 26 April lalu.  Manakala bagi musim 2016, Pahang tewas kedua-dua perlawanan liga termasuklah gagal menjaringkan sebarang gol di Jengka dan di Kuantan.

Kedudukan liga: Pahang masih berpeluang merampas kedudukan teratas liga meskipun dibezakan 6 mata dengan JDT, dengan syarat wajib mengutip mata penuh pada perlawanan Sabtu ini seterusnya mencerahkan laluan memburu misi kejuaraan.

Manakala skuad kendalian B. Sathianathan ketika ini menghuni tangga ke 7 liga dan berkongsi mata dengan pasukan ditangga ke 6 dan ke 5 liga. Kemenangan pasti diburu bagi membaiki kedudukan sekurang-kurangnya kembali ditempatkan dalam kalangan 5 pasukan terbaik Liga Super musim ini.

Sementara itu, skuad tuan rumah bakal turun tanpa 2 tonggak pertahanan iaitu Shukor Adan yang menjalani penggantungan satu perlawanan manakala Nor Fazly Alias mungkin diketepikan akibat kecederaan, lapor Stadium Astro, Astro Arena.

Kesimpulan: Pahang dilihat pasukan pilihan untuk membawa pulang 3 mata, namun kehadiran 3 pemain baru skuad lawan, terutamanya penyerangnya Ifedayo yang membawa reputasi besar ketika beraksi di Liga Bahrain, mampu membuat Pahang berputih mata.

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: