Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > Hazuan tangguh hasrat bersara

Hazuan tangguh hasrat bersara

Pemain tengah Kuantan FA, Hazuan Daud teruja untuk kembali beraksi di padang setelah hampir 6 bulan mnggantung but dan hanya melibatkan diri dalam barisan kejurulatihan sebelum ini.

Beliau aadalah satu-satunya pemain yang menjadi taruhan terbaru Kuantan FA setelah tirai perpindahan kedua ditutup secara rasmi pada 11 Jun yang lalu.

Pernah menganggotai skuad The Seagull pada tahun 2015 sehingga 2016, Hazuan memilih untuk bersara awal dan diserap masuk ke barisan kejurulatihan sebagai jurulatih kecergasan pada musim 2017.

Ketika dihubungi melalui applikasi whatapps, Hazuan mengakui faktor terlalu sayangkan pasukan dan mahu membantu Kuantan FA berada kekal dalam Liga Premier menyebabkan beliau memilih untuk menangguhkan dahulu keputusannya menggantung but.

“Saya sudah bersama pasukan selama hampir 4 tahun dan sudah merasakan Kuantan FA sebahagian dari diri saya.

“Pemain dalam pasukan ini rata-rata adalah pemain yang merupakan anak jati negeri ini dan menjadi satu-satunya platform untuk mereka mempamerkan bakat diperingkat tertinggi.

“Membantu mereka untuk kekal di Liga Perdana adalah sasaran saya dan jika tercapai ia akan menjadi saat manis sepanjang hidup saya.

“Saya yakin dengan rakan-rakan sepasukan kerana mereka sudah membuktikan tidak berada di tangga tercorot setelah hampir separuh musim berlalu.”

Kuantan FA sudah mula kembali menjalani latihan sejak 2 Syawal dengan Hazuan merupakan pemain tunggal dibawa masuk manakala 3 pemain termasuk pemain import dari Korea, Sim Woonsub sudah sah bertukar pasukan.

Perlawanan seterusnya bagi Kuantan FA ialah dalam saingan 100plus Liga Premier pada hari ini (Jumaat) menentang ATM di tempat sendiri jam 9.00 malam.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top