Anda di sini
Laman Utama > Artikel > Pahang dan kisah jenama jersinya

Pahang dan kisah jenama jersinya

Jersi atau kit pasukan adalah menjadi kebanggaan kepada setiap pemain dan penyokongnya dan seakan sudah sebati dengan budaya bola sepak baik dalam negara mahupun luar negara.

Memakai jersi pasukan samada ke stadium bukanlah menjadi kelaziman buat penonton yang hadir menyaksikan perlawanan di stadium sekitar tahun 80an. Mungkin disebabkan faktor penjualan yang agak terhad menyulitkan para penyokong membeli dan menjadikan ia satu uniform khas bertandang ke stadium.

Artikel ini akan menyingkap jenama jersi yang pernah digunakan pasukan Pahang dari tahun 1981 sehingga kini. Secara keseluruhannya, Pahang telah menggunakan 14 jenama sukan sejak musim 80an.

1. Diadora (1988, 1989, 1992 hingga 1999)

Foto: Johari Yop

Jenama dari Italy ini merupakan jenama yang paling lama dan kerap digunakan Pahang. Mula digunakan pada tahun 1988, Diadora seakan sebati dengan perjalanan bola sepak Tok Gajah dan memperlihatkan beberapa kejuaraan berjaya dirangkul ketika era ini. Antaranya kejuaraan Piala Malaysia dan kejuaraan liga.

Selepas hampir 10 tahun bersama Diadora, musim 1999 adalah kali terakhir Pahang menggunakan jersi jenama ini dan sepanjang tempoh inilah, warna pada jersi Pahang ditukarkan dari kuning hitam kepada kuning biru (home).

2. Puma (1986, 1987,1989, 1991, 2014-2016)

Mula digunakan dua tahun berturut-turut pada musim 1986 dan 1987 dan kembali mendapat tempat pada 1991 ketika Pahang dibarisi pemain-pemain bintang. Meskipun dibarisi pemain-pemain ternama, tiada kejayaan yang manis dicatatkan pada musim itu tidak seperti ketika musim 2014-2015 di mana Pahang berjaya melakar kejayaan menjuarai Piala Malaysia dan Piala FA serta berpeluang mara ke saingan suku akhir Piala AFC.

Uniknya jersi Puma tahun 1991 adalah, buat pertama kalinya dalam sejarah pasukan, Pahang tampil dengan warna diluar tradisi iaitu dengan mengenakan warna ungu untuk jersi alternatif. Reka bentuk jersi (home) pada tahun 1991 turut menjadi inspirasi dalam reka bentuk jersi musim 2015 di mana terdapat pengaruh latar belakang yang sama buat kedua-dua jersi ini.

3. Adidas (2003-2007)

Jenama dari Jerman ini turut bersama Pahang bermula musim 2003 hingga 2007. Antara kejayaan yang berjaya dicapai bersama Adidas adalah ketika menjuarai kejuraan Liga Super yang pertama pada tahun 2004 dan turut memenangi kejuaraan Piala FA pertama buat Pahang pada tahun 2006. Adidas turut mendapat perhatian di pentas Asia apabila turut digunakan Pahang pada saingan Piala AFC 2005 & 2007.

Antara keunikan ketika bersama Adidas, Pahang buat pertama kali mengenakan jersi serba Hitam ketika aksi pertama Liga Super musim 2004 bertemu Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil. Selain itu, warna jersi away turut mengenakan warna putih biru pada tahun 2003 dan kembali pada putih hitam (away) pada tahun 2004.

4. Schwarzenbach (1981-1983, 1989-1990)

Sinonim dengan pemain-pemain lagenda Pahang ketika awal 80an seperti Yunus Alif, Sanusi Daud, Jamal Nasir, Ahmad Yusof dan Zainal Abidin Hasan. Jenama ini pasti memahat kenangan yang paling manis apabila buat pertama kalinya Pahang berjaya memenangi Piala Malaysia pada tahun 1983. Namun, ada perbezaan pendapat dalam kalangan penyokong atau pengumpul jersi Pahang apabila pada tahun 1982, terdapat pencangahan antara penggunaan jenama ini dan jenama Topper.

5. Lotto (2010-2012)

Satu lagi jenama dari Italy turut bersama Pahang meskipun Lotto agak sinonim dengan pasukan Selangor. Tidak banyak moment manis dicatat ketika era ini tatkala pemain-pemain yang membarisi Pahang ketika itu bukanlah bertaraf bintang. Namun, ketika era ini, Pahang merupakan tempat beberapa pemain mula mengukir nama, antaranya ialah Alex, R Gopinathan, Fauzi Roslan dan Hafiz Kamal.

6. Kronos (2001-2002), Topper (1984), Umbro (1985), Mikasa (2000), Hummel (2008), Kappa (2009), UHL Sport (2010), Stobi (2013), Jako (2017)

Selain dari jenama-jenama yang menjadi kelaziman bersama Pahang, skuad Tok Gajah turut mengenakan jersi dari jenama yang kurang mendapat tempat di dalam negara. Antaranya ialah Hummel, Kappa, UHL Sport, Stobi dan Jako.

Di antara listing ini, Stobi dan Jako merupakan jenama yang dianggap rare ekoran availability di pasaran ketika itu. Di tambah lagi, Pahang telah muncul juara Piala Malaysia pada musim 2013 yang secara tidak langsung menambah nilai buat jersi buatan Stobi ini.

Khabar angin turut menular dalam laman sosial sejak kebelakangan ini apabila Pahang akan menggantikan penggunaan jenama Jako dengan jenama Fila bagi melengkapkan baki saingan musim ini. Sekiranya betul seperti yang diperkatakan, Pahang sekali lagi menggunakan jenama yang agak asing dalam liga tempatan dan diharapkan availability jersi ini dalam pasaran bukanlah menjadi satu isu kepada peminat setianya.

Pertukaran jenama (sekiranya ada) bukanlah yang pertama dalam kem Pahang apabila pada musim 1989, Schwarzenbach ditukar kepada Diadora dipertengahan musim dan sekali lagi terjadi pada musim 2010 apabila Lotto mengambil alih dari Uhl sport.

Foto: Nor Azman Nahar dan Hafizul Hamdan

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: