Anda di sini
Laman Utama > Berita > [Friendly Match] Medan ujian pemain

[Friendly Match] Medan ujian pemain

Dua perlawanan pemanas badan telah berlangsung sepanjang Ramadan sebagai persediaan pasukan menempuh jadual padat pada bulan Julai nanti.

Selain menjalani sesi latihan pada waktu malam, perlawanan ujian pertama telah diadakan pada 10 Jun di Kuantan. Pada perlawanan itu, Pahang berjaya membelasah UiTM FC dengan jaringan 5-0.

Gol-gol Pahang dijaringkan oleh Faisal Halim dan Mohamadou Sumareh. Manakala 3 lagi gol disumbangkan oleh Matheus Alves.

Perlawanan ujian terakhir semalam menemukan satu lagi pasukan dari Liga Perdana iaitu Terengganu. Skuad kendalian Irfan Bakti turut menurunkan pemain import baharu sebagai persediaan memantapkan lagi pasukan.

Pahang mendahului pasukan pelawat dengan jaringan Joseph Kalang Tie dan Matheus Alves sebelum Ismail Faruqi dan Mohd Ridzuan menyamakan kedudukan 2-2.

Matheus Alves meledak lagi apabila berjaya memanfaatkan hantaran Yamil Romero dari tengah padang. Namun, perlawanan berakhir dengan keputusan seri 3-3 apabila pemain import baharu Terengganu, Tchetche berjaya melepaskan rembatan kencang dalam kotak penalti.

Sepanjang 2 perlawanan ini, Pahang menurunkan kesemua pemain-pemain simpanannya termasuklah Zubir Azmi, Saifulnizam, Helmi Heliza, Salamon Raj, R Dinesh, Faisal Halim dan Kogileswaran sebagai langkah persediaan memastikan sistem penggiliran dapat dijalankan dengan efektif dalam mengharungi jadual padat nanti.

Pahang dijadualkan bertemu Felda United di Jengka sebaik saingan Liga Super bersambung pada 1 Julai nanti.

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: