Anda di sini
Laman Utama > Berita > Faisal Rosli dapat panggilan skuad kebangsaan

Faisal Rosli dapat panggilan skuad kebangsaan

Mohd Faisal Rosli merupakan pemain terbaharu dari Pahang yang mendapat panggilan menyertai kem latihan skuad kebangsaan di Johor Bahru.

Beliau turut menyertai Ahmad Syamim Yahya, Wan Zaharul Nizam, Matthew Davies dan Nor Azam Azih yang terlebih dahulu menyertai kem latihan beberapa hari lalu.

Ini adalah kali pertama buat pemain kelahiran Kuala Rompin ini dipanggil untuk menyertai kem latihan skuad Harimau Malaya.

Pemain bek kiri pasukan Pahang yang berusia 26 tahun ini memulakan karier bersama skuad senior Tok Gajah pada penghujung 2012 yang ketika itu masih membarisi skuad Piala Presiden.

Mula membuat penampilan pada musim 2013, corak permainan yang beliau tunjukkan semakin menampakkan kematangan dan tidak hairanlah mengapa pemain ini tidak pernah terlepas peluang daripada disenaraikan sebagai pemain utama Tok Gajah musim ini.

Sementara itu, seorang lagi pemain Pahang, Afif Amirudin turut mendapat panggilan skuad kebangsaan menjadikan keseluruhan 6 pemain Tok Gajah yang mendapat perhatian skuad Nelo Vingada ini.

Syabas dan tahniah atas panggilan ini. Semoga terus sukses dan berjaya mendapat tempat dalam skuad Nelo Vingada nanti.

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

One thought on “Faisal Rosli dapat panggilan skuad kebangsaan

Leave a Reply

Top