Anda di sini
Laman Utama > Artikel > [Player Ratings] Selangor 0-2 Pahang

[Player Ratings] Selangor 0-2 Pahang

Pahang menamatkan 3 perlawanan liga tanpa kemenangan apabila menjinakkan Gergasi Merah di laman lawan seterusnya mengekalkan kedudukan kedua liga sebelum saingan liga bersambung selepas Ramadhan.

Meskipun 2 gol hadir pada separuh masa kedua, Pahang membuktikan memiliki jentera serangan yang efektif sekaligus mengekalkan rekod menjaringkan gol pada setiap perlawanan kompetitif musim ini. Berikut adalah gambaran prestasi para pemain yang sempat penulis tafsirkan melalui player ratings:

Wan Azraie (7.5/10): Berjaya memperoleh clean sheet selepas terlepas dalam beberapa perlawanan sebelum ini, prestasi yang beliau pamerkan semalam ternyata memuaskan. 2 percubaan berbahaya lawan yang dimiliki Forkey Doe dan Juliano Miniero berjaya diselamatkan serta ketangkasan pemain ini dalam menggagalkan lorongan through pass lawan, meletakkan pemain ini dalam prestasi yang baik.

Matthew Davies (7.5/10): Meskipun penat dalam mengharungi jadualnya yang agak padat, beliau dilihat nadi offensive play di bahagian sayap kanan Pahang. Kerap membantu Sumareh dalam mode menyerang serta pantas untuk menyerap asakan yang diatur lawan terutamanya dari pemain lincah tuan rumah, Amri Yahyah. Turut melakukan assist untuk gol pertama Pahang, pemain ini layak mendapat pujian meskipun hantaran silang pada separuh masa pertama sedikit mengecewakan.

Muslim Ahmad (8/10): Pemain ini dilihat semakin serasi bergandingan dengan Jaewon dan banyak menyumbang kepada crucial tackle dan blocking seterusnya mematahkan possession lawan. Ditugaskan untuk membayangi Forkey Doe, pemain ini dilihat berjaya memikul tanggungjawab itu dan menyaksikan Forkey Doe seakan hilang punca hasil dari kawalan ketat pemain ini.

Jaewon Heo (7.5/10): Mr cool di bahagian pertahanan dan lebih bertindak sebagai free role/zonal marking dalam mempertahankan kubu Pahang. Beliau mengunakan kelebihan fizikalnya dalam menyerap asakan terutamanya dalam situasi perebutan bola di udara. Beliau juga turut melakukan hantaran jauh dari bawah, namun adakalanya hantaran itu gagal menemui penyerang.

Faisal Rosli (7.5/10): Pemain pertahanan kiri ini dilihat semakin matang dalam corak bertahannya. Kekal ampuh menyerap asakan Andik Vermansah, coverage area yang beliau miliki menyulitkan invasion lawan dari sebelah kiri pintu gol Pahang. Masih tidak terlepas peluang untuk diturunkan dalam kesebelasan utama membuktikan beliau layak berada dalam skuad utama ketika ini.

Wan Zaharulnizam (6.5/10): Kurang penglibatan terutama pada awal separuh masa pertama sehinggakan penulis hanya mula recognized sumbangan beliau ketika perlawanan mula memasuki minit ke 15. Walaubagaimanapun, peranannya dalam melakukan penetration run dari sebelah kiri sedikit mengucar-kacirkan pemain lawan, K Kannan.

Ahmad Syamim Yahya (7/10): Kerap loose ball seawal permainan separuh masa pertama, mujurlah beliau cepat bertindak untuk memenangi semula bola dan menutup ruang yang ditinggalkan di barisan tengah. 20 minit terakhir perlawanan banyak berada di zon menyerang dan hampir menjaringkan gol pada minit ke 79, namun Khairul Azhan lebih cepat menutup ruang di sebelah kanan pintu golnya.

Mohamadou Sumareh (8/10): Seperti biasa gemar melakukan larian solo di bahagian sayap pasukan namun pergerakannya agak terbatas pada separuh masa pertama. Skrip yang sama berlaku pada separuh masa kedua perlawanan akhir Piala FA. Seolah-olah beliau menyimpan tenaga untuk lebih melakukan larian kencang pada separuh masa kedua, dan memperlihatkan hasilnya apabila beliau turut membantu kepada penghasilan gol kedua Pahang yang disudahkan Alves.

Nor Azam Azih (8/10): Meskipun diketepikan dalam kesebelasan utama dalam beberapa perlawanan sebelum ini, namun tidak sesekali mematahkan semangat beliau untuk kembali merebut tempat. Beliau dilihat lebih menguasai bahagian tengah berbanding Saiful Selamat dan Miniero, pemain ini berada dalam prestasi yang sangat baik seterusnya membuktikan beliau layak menyarung jersi kebangsaan.

Matheus Alves (8.5/10): Dua gol pada separuh masa kedua sudah cukup mengangkat pemain ini sebagai pemain terbaik perlawanan. Meskipun gagal memanfaatkan peluang pada separuh masa pertama, pemain ini bangkit dengan meledak 2 gol sekaligus meletakkannya dalam saluran yang betul untuk memenangi Anugerah Penjaring Terbanyak musim ini.

Yamil Romero (7.5/10): Kombinasi yang baik dibentuk bersama Nor Azam-Syamim dan dilihat melakukan rotation dalam menyerang dan bertahan. Memiliki kualiti hantaran yang baik, namun peluang yang beliau miliki mirip aksi final FA Cup lalu sekali lagi diulangi apabila beliau gagal memanfaatkan peluang untuk menjaringkan gol.

(Subs) Christie Jayaselan (6/10): Masuk pada minit ke 77 dan sesekali menyulitkan Razman Roslan dengan kelebihan fresh legs berbanding lawan. Walaupun impaknya tidak 100% merubah tempo permainan, setidak-tidaknya kehadiran beliau menambah tekanan lawan untuk bangkit merapatkan kedudukan.

(Subs) Nurridzuan (6/10): Masuk pada minit ke 84 dan memiliki lebih ruang untuk membuat hantaran dari tengah, namun pada minit ke 89, hantaran  final ball ke arah sayap kanan terlalu jauh dan menidakkan peluang Pahang melancarkan build attack untuk menambah gol ketiga.

(Subs) Saifulnizam Miswan (NA): Beraksi kurang dari 5 minit, tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai pemain ini. Namun, kehadiran beliau di atas padang sangat dihargai penyokong yang hadir ke stadium.

Foto (featured image): Media PBNP

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: