Anda di sini
Laman Utama > Berita > Muslim Ahmad kembali – Dollah Salleh

Muslim Ahmad kembali – Dollah Salleh

Pemain pertahanan kelahiran Terengganu, Muslim Ahmad nyata berada dalam prestasi sebenarnya selepas diberikan peluang untuk membarisi kesebelasan utama sejak beberapa perlawanan sebelum ini.

Prestasinya seakan memuncak pada perlawanan bertemu Selangor dalam saingan Liga Super semalam apabila dilihat berjaya merantai pergerakan Forkey Doe sekaligus membantu skuad Tok Gajah merekodkan clean sheet yang kali terakhir dilakukan pada 30 April di Kuantan.

Pertama kali diturunkan dalam kesebelasan utama ketika melayani kunjungan JDT dalam aksi suku akhir pertama Piala FA, prestasi yang dipamerkan berjaya mencuri tumpuan para penyokong Pahang yang sebelum ini agak risau akan kelemahan di benteng pertahanan.

Nada yang sama turut dizahirkan pengendali Pahang, Dollah Salleh yang menyifatkan pemain ini sudah kembali mendapat sentuhannya.

Itu sebenarnya corak permainan beliau dan saya lihat beliau kembali mendapat sentuhan sebenarnya yang pernah dipamerkan sebelum ini. Saya mengharapkan beliau kembali kerana saya percaya akan kemampuan beliau di benteng pertahanan. Sekiranya beliau terus mempamerkan persembahan yang baik sebegini dan mengekalkan momentum seperti ini, kerisauan saya dibenteng pertahanan akan sedikit terubat.

Persembahan yang beliau tunjukkan semalam mengembalikan prestasinya seperti yang pernah ditunjukkan ketika membantu skuad kebangsaan menjuarai Piala AFF pada tahun 2010 dan kejohanan Sukan SEA 2009 dan 2011.

Sementara itu, Dollah Salleh nyata lega dengan kemenangan ke atas Selangor di tempat lawan selepas gagal melakar sebarang kemenangan dalam 3 perlawanan liga sebelum ini.

Memang kita akui, prestasi kita kebelakangan ini tidak konsisten, walaubagaimanapun, apa yang saya lihat, malam final itu terutamanya pada separuh masa kedua, itulah persembahan sebenar pasukan Pahang. Sebelum perlawanan tadi (semalam), saya ingatkan para pemain agar bermain seperti malam final itu dengan mengekalkan disiplin permainan serta kekal fokus dengan perancangan. Sekurang-kurangnya, kemenangan malam ini (semalam) sedikit mengubat kedukaan kita pada malam final itu.

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: