Anda di sini
Laman Utama > Berita > [Liga Super 2017] Kemarau kemenangan ditamatkan di Selayang

[Liga Super 2017] Kemarau kemenangan ditamatkan di Selayang

Dua gol Matheus Alves pada separuh masa kedua meletakkan skuad Tok Gajah kembali mencabar kedudukan liga selepas berjaya mengutip tiga mata berharga dengan menewaskan Selangor 0-2 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, sebentar tadi.

Selangor terlebih dahulu menguasai permainan pada awal separuh masa pertama dengan kerap melancarkan serangan melalui kombinasi dua pemain baharu, Amri Yahyah dan Andik Vermansah.

Pada minit ke 2, tuan rumah hampir di hadapan, mujurlah Nor Azam cepat memintas bola sebelum disambar Juliano Miniero.

Pahang kembali mendapat rentak selepas 5 minit permainan dan dilihat lebih banyak menguasai permainan sepanjang separuh masa pertama.

Peluang keemasan skuad Tok Gajah untuk memecah kebuntuan hadir pada minit ke 37, namun sepekan leret Matheus Alves berjaya ditepis Khairul Azhan. Berselang beberapa minit kemudian, Alves sekali lagi memiliki peluang, namun tandukan tipisnya hasil dari hantaran Romero tidak menemui sasaran.

Seperti  awal separuh masa pertama, Selangor bermula garang pada separuh masa kedua dengan hampir menewaskan penjaga gol Pahang, namun Wan Azraie bertindak cemerlang menggagalkan percubaan Forkey Doe di dalam kotak penalti.

Tersentak dengan percubaan lawan, Pahang menggandakan asakan dan sekali lagi berpeluang mendahului pada minit ke 49, tetapi Romero gagal menyudahkan hantaran silang Sumareh dari sebelah kiri pintu gol lawan.

Tuan rumah sesekali dilihat melakukan serangan balas menerusi gerakan yang dilancarkan Mineiro dari sebelah kiri, namun hantaran silangnya gagal disudahkan Forkey Doe.

Berselang 4 minit kemudian, Pahang akhirnya memecah kebuntuan apabila Matheus Alves tenang menanduk hantaran silang Matthew Davies dari sebelah kiri pintu gol lawan seterusnya menyaksikan Khairul Azhan tertewas akhirnya.

Pada minit ke 79, giliran Syamim Yahya berpeluang menambah jaringan, namun kali ini, Khairul Azhan lebih tangkas menggagalkan percubaan itu.

Matheus Alves sekali lagi muncul wira apabila menambah derita tuan rumah hasil dari rembatan leret dalam kotak penalti. Gol itu berpunca dari larian solo Sumareh dari tengah padang sebelum disambar Alves dan merembat kencang menewaskan Khairul Azhan buat kali kedua.

Tamat separuh masa kedua menyaksikan Pahang berjaya menewaskan Selangor buat kali ketiga berturut-turut di arena lawan dalam saingan Liga Super dan kemenangan itu juga menamatkan kemarau kemenangan Pahang selepas 3 perlawanan liga.

Barisan pemain-pemain:

Selangor FA: Khairul Azhan (PG), K Kannan, Andik Vermansah (Halim Zainal), Saiful Ridzuwan, Francis Forkey Doe, Razman Roslan (K), Rizal Fahmi, Ugo Ukah, Muhammad Syahmi Safari, Juliano Miniero (Mohd Fitri Shazwan), Amri Yahyah.

Pahang FA: Wan Azraie (PG), Matthew Davies (C), Jaewon Heo, Muslim Ahmad, Faisal Rosli, Yamil Romero, Ahmad Syamim Yahya (Nuriddzuan), Nor Azam Azih (Saiful Nizam Miswan), Wan Zaharulnizam (Christie Jayaselan), Mohamadou Sumareh, Matheus Alves.

Pengadil Perlawanan: Muhammad Nazmi Nasarudin

Foto (featured image): Media PBNP

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top