Anda di sini
Laman Utama > Berita > [Liga Super 2017] Misi Mesti Menang

[Liga Super 2017] Misi Mesti Menang

Saingan Liga Super kembali bersambung Rabu ini sebelum berehat bagi menghormati bulan Ramadhan penghujung bulan ini.

Pahang akan bertemu Selangor di Stadium Majlis Perbandaran Selayang bagi melengkapkan perlawanan kedua Liga Super selepas kedua-dua pasukan hanya terikat satu mata hasil gol lewat Faisal Rosli pada perlawanan pusingan pertama di Kuantan.

Tewas dalam perlawanan akhir Piala FA Sabtu lalu sedikit pun tidak melunturkan semangat para pemain untuk terus mengekalkan momentum bergelar sang juara dalam usaha menamatkan penantian 13 tahun menjuarai Liga Super.

Kemasukan pemain baru

Selangor bakal mendapat semula sentuhan 2 pemain mereka bagi memperkuatkan jentera serangan seterusnya mengembalikan prestasi pasukan ke satu tahap yang boleh dibanggakan. Kehadiran pemain sayap, Andik Vermansyah dan Amri Yahya adalah tepat pada waktunya tatkala Selangor hanya mempertaruhkan tenaga muda di posisi itu.

Manakala bagi Pahang pula, penampilan pertama Yamil Romero Sabtu lalu agak menyakinkan dan dilihat banyak memberi impak positif kepada pasukan. 90 minit yang beliau lalui dianggap satu pengalaman bernilai dalam usaha mematangkan corak permainan sepasukan.

Rekod pertemuan

Rekod Pahang bertemu The Red Giants dalam saingan liga bagi 2 musim terdahulu di arena lawan ternyata positif. Pahang berjaya melakar kejutan ketika menundukkan lawan pada saingan musim 2015 dan 2016 dengan mecatatkan keputusan 0-1 dan 1-3.

Prestasi semasa

Kedua-dua pasukan agak kurang konsisten pada 3 aksi terakhir saingan liga dengan tidak merekodkan sebarang kemenangan. Namun kelebihan sedikit memihak Pahang apabila memiliki perlawanan tambahan di saingan Piala FA berbanding Selangor.

Jika di ambil dari sudut positifnya, tambahan perlawanan ini mampu meningkatkan keserasian dalam kalangan pemain dan dilihat lebih bersedia untuk mengharungi perlawanan seterusnya.

Rekod jaringan skuad Tok Gajah pada setiap perlawanan termasuklah pada perlawanan akhir Piala FA perlu diteruskan pada perlawanan ini nanti sekaligus bakal menghadirkan rasa gerun kepada lawan.

Kesimpulan

4 mata di belakang Pahang sudah pasti digunakan sebaik mungkin oleh pasukan Selangor untuk mengutip 3 mata penuh seterusnya merapatkan kedudukan dengan  pencabar liga sebelum saingan berehat.

Bagi Pahang pula, misi mesti menang adalah sasaran utama dan perlu dilunaskan sekiranya mengimpikan kejuaraan Liga Super musim ini. Ketinggalan 6 mata di belakang penyandang juara musim lalu, perlawanan malam esok perlu diberikan fokus 100% seterusnya mengakhiri kemarau kemenangan selepas 3 perlawanan liga.

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: