Anda di sini
Laman Utama > Berita > [TM Piala Malaysia 2017] Pahang diundi dalam kumpulan A

[TM Piala Malaysia 2017] Pahang diundi dalam kumpulan A

Pahang diundi di dalam kumpulan A bagi saingan TM Piala Malaysia edisi ke 91 di dalam satu majlis undian yang telah diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama sebentar tadi.

Kumpulan A menyaksikan Pahang diundi dengan 3 lagi pasukan iaitu PKNP dan Negeri Sembilan yang beraksi di Liga Perdana dan satu lagi pasukan iaitu T-Team dari Liga Super.

Piala yang mula diperkenalkan sejak tahun 1921 ini sudah pasti menjanjikan keghairahan buat semua pasukan yang tidak akan melepaskan peluang menjulang kejuaraan yang tertua di rantau Asia Tenggara dan berprestij ini.

Seperti musim-musim yang terdahulu, format Piala Malaysia masih mengekalkan 16 pasukan yang layak beraksi di pentas Piala Malaysia.

Masih meneruskan syarat pertandingan musim lepas di mana pemilihan pasukan yang bertanding adalah terdiri daripada 11 pasukan teratas Liga Super dan 5 pasukan teratas dari Liga Perdana.

Pasukan-pasukan ini diasingkan kepada 4 pot berdasarkan kepada kedudukan pasukan selepas mengharungi 11 perlawanan liga seterusnya diundi dan dibahagikan kepada 4 buah kumpulan.

Perlawanan peringkat kumpulan dijangka akan diadakan pada 4 Julai ini dan perlawanan akhir bakal berlangsung sekitar Oktober 2017.

Kali terakhir skuad Tok Gajah menjuarai Piala Malaysia adalah pada musim 2014 apabila menewaskan JDT menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 2-2.

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: