Anda di sini
Laman Utama > Artikel > Yamil Romero lulus ujian pertama

Yamil Romero lulus ujian pertama

Beraksi di pentas final jelas menghidangkan suasana perlawanan yang nyata berbeza, apatah lagi bakal berhadapan dengan sebuah pasukan elit yang berbekalkan keserasian tinggi.

Senario ini jelas tidak mengundang permasalahan buat pemain import baru Pahang yang baru berusia 21 tahun ini untuk cepat menyesuaikan diri beraksi di perlawanan akhir Piala FA semalam.

Meskipun kurang dari 14 hari menyertai pasukan dan tidak didedahkan dengan mana-mana perlawanan kompetitif di Liga Malaysia, debut beliau bersama pasukan Tok Gajah jelas meninggalkan impak positif kepada pasukan.

Tidak mengenali karakter dan kemampuan pasukan lawan, namun tidak menghalang pemain ini untuk menguasai battle di bahagian tengah dan dilihat kerap mengundang bahaya buat pertahanan lawan hasil dari lorongan bola berkualiti mencari strike force Pahang.

Tatkala pasukan terpaksa bermain dengan 10 pemain selama 55 minit, beliau dilihat dapat mengawal serangan lawan dan efektif mengatur serangan balas. Peranan yang beliau mainkan dalam penghasilan gol kedua Pahang membuktikan sentuhan ajaib yang beliau miliki.

Walaubagaimanapun, debut nya seakan tidak lengkap kerana terlepas peluang untuk mencipta nama sebagai penjaring apabila gagal memanfaatkan hantaran cut back Sumareh pada separuh masa kedua perlawanan akhir semalam.

Banyak memenuhi di zon 8, 11 dan 13 permainan, penglibatan pemain ini lebih kepada direction change dan bukanlah seorang pemain yang mampu melakukan penetration run sebagaimana yang dibuktikan oleh sesetengah pemain import tengah menyerang yang lain.

Melihatkan penampilan pertamanya selama 90 minit, mampu beraksi baik dalam perlawanan high profile yang berintensiti tinggi, berbekalkan dengan 10 pemain, persembahan Yamil Romero wajar diberikan pujian dan boleh lah dikatakan lulus ujian pertama.

Berbaki 8 perlawanan Liga Super dan sekurang-kurangnya memiliki 6 perlawanan Piala Malaysia, diharap minutes exposure pemain ini mampu menambah kredibiliti dan kualiti wonder kid ini untuk terus mempamerkan persembahan yang positif buat skuad Tok Gajah.

Adakah pemain ini mampu digelar The Game Changer?

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: