Anda di sini
Laman Utama > Berita > [Final Piala FA 2017] Debaran makin terasa

[Final Piala FA 2017] Debaran makin terasa

Kurang dari 24 jam sebelum sepak mula aksi final Piala FA edisi ke 28 berlangsung, debaran kian dirasai oleh kedua-dua pasukan dalam usaha menoktahkan kejuaraan mutlak seterusnya membuka laluan ke pentas Asia musim hadapan.

Prestasi semasa kedua-dua pasukan tidaklah begitu konsisten apabila kedua-dua pasukan turut mengalami satu kekalahan dalam 3 aksi terakhir Liga Super. Namun, kedua-dua pasukan berjaya bangkit pada saingan separuh akhir kedua dengan masing-masing menundukkan pasukan lawan. Skuad Lang Merah paling mencuri tumpuan apabila berjaya melakar kemenangan bergaya 0-3 di Kuala Terengganu seterusnya membuktikan pasukan ini seharusnya dijadikan pasukan pilihan untuk muncul juara di pentas akhir.

Manakala bagi skuad Tok Gajah pula, aksi yang kurang positif termasuklah menanggung kekalahan pertama di laman sendiri ke atas Kelantan, terpaksa bergelut sebelum menang di Paroi seakan memberikan gambaran betapa Pahang perlu memiliki ramuan yang teristimewa untuk menjerat Lang Merah Sabtu ini.

Ini turut diakui oleh pengendali Pahang, Dollah Salleh yang menyifatkan pasukan Pahang masih baru dibentuk, namun berada di pentas final membuktikan kesungguhan para pemain untuk memburu kejayaan, ujarnya ketika sidang media yang diadakan di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Rata-rata pemain Pahang masih belum memiliki pengalaman beraksi di pentas final. Berbanding Kedah, penampilan di perlawanan akhir sejak musim lalu menunjukkan keserasian dalam kalangan pemain-pemain mereka. Walaubagaimanapun saya berharap anak-anak buah saya mampu melakukannya.

Kedah yang memburu kejuaraan keempat dilihat memiliki kekuatan di setiap posisi berbanding Pahang yang agak lemah di bahagian benteng pertahanan. Keserasian yang ditunjukkan di antara Liridon, Sandro, Baddrol, Syazwan Zainon, Rizal Ghazali dan Khairul Helmi nyata menjadi faktor kejayaan pasukan Hijau Kuning di mana pemain-pemain yang dinyatakan tadi sudah lama mengenali karakter dan corak permainan di antara satu sama lain.

Percaturan Dollah Salleh meletakkan Muslim Ahmad di barisan utama sedikit mendatangkan impak positif. Meskipun baru diturunkan dalam 2 perlawanan Piala FA, beliau dilihat mampu membentuk keserasian dengan rakan-rakannya.

Kemasukkan pemain import baru, Yamil Romero dilihat mampu memberikan impak positif buat pasukan. Meskipun baru bersama pasukan kurang dari 14 hari, Dollah percaya pemain ini mampu melakukannya.

Mungkin beliau dilihat bergelut untuk mendapatkan ‘match fitness’, namun saya yakin pemain ini boleh menyumbang sesuatu dalam perlawanan ini berdasarkan kemahiran dan bakat yang beliau miliki, dan saya berharap pengalaman beliau beraksi di saingan yang lebih tinggi dapat menyerap tekanan saingan akhir.

Hanya Baddrol Bakhtiar yang berada dalam kesebelasan utama ketika Kedah kali terakhir memenangi Piala FA musim 2008. Pengalaman beberapa kali berada di pentas akhir membuatkan pasukan Hijau Kuning dilihat ‘favourite’ untuk menjulang kejuaraan Piala FA.

Namun begitu, berbekalkan magis sentuhan Dollah Salleh dan berbekalkan aura kebangkitan Pahang sejak musim 2013, tidak mustahil buat Pahang untuk melakar kejutan malam esok.

Pahang atau Kedah? 90 minit atau 120 minit? Selamat berjuang buat kedua-dua pasukan!

#mohbuatbalik

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: