Anda di sini
Laman Utama > Artikel > Yamil Romero cetus “wow factor” ?

Yamil Romero cetus “wow factor” ?

Pemain import baru kelahiran Argentina, Yamil Romero bakal membuat penampilan sulung di pentas akhir Sabtu ini apabila telah berjaya didaftarkan sebagai pemain pada jendela perpindahan pemain yang bermula Isnin lalu. Berpandukan artikel yang diterbitkan oleh Stadium Astro pada 17 Mei 2017, pemain muda hasil ‘produk’ Boca Juniors ini telah disahkan pendaftarannya sebagai pemain bagi menggantikan Chinedu Bright Dike yang terpaksa digugurkan.

Pahang sebelum ini seakan kurang mendapat pakej lengkap dalam kesebelasan utamanya ekoran prestasi Dike yang agak kurang memberangsangkan ekoran daripada mengalami kecederaan dan terpaksa beberapa kali diketepikan dalam barisan utama. Kehadiran Yamil Romero adalah tepat pada waktunya bagi menambah ‘flavours’ kepada DNA permainan Pahang.

Beliau yang diturunkan pada perlawanan persahabatan bertemu dengan pasukan Shahzan Muda pada 16 Mei, nyata memukau sebahagian penyokong setia Tok Gajah yang turut menonton perlawanan ujian di Stadium Darul Makmur. Pada perlawanan itu, Yamil berjaya meledak dua gol dan melakukan ‘assists’ seterusnya membuktikan betapa kehadiran pemain ini bakal menghadirkan tekanan buat pasukan lawan.

Namun begitu, kem pasukan Pahang perlu berhadapan dengan risiko dengan mempertaruhkan pemain baru ini dalam kesebelasan utama nanti. Yamil Romero yang baru menyertai kem latihan kurang dari 2 minggu dilihat memerlukan lebih banyak masa untuk betul-betul menyesuaikan diri dengan suasana dan ‘atmosphere’ bola sepak di Malaysia dan lebih-lebih lagi beliau akan membuat penampilan pertama di pentas akhir yang pasti menjanjikan satu suasana yang sangat berbeza.

Walaubagaimanapun, kehadiran pemain ini perlu dilihat dari sudut pandang yang positif. Kem pasukan lawan mungkin tidak sempat menilai karakter dan kemampuan pemain ini dan ia boleh dijadikan sebagai senjata rahsia buat Pahang untuk mengucar-kacirkan jentera tengah dan pertahanan lawan Sabtu ini.

Selamat datang Yamil Romero.

#YR10

Foto: Media PBNP

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top