Anda di sini
Laman Utama > Berita > Saya akan bagi sehabis baik – Matthew Davies

Saya akan bagi sehabis baik – Matthew Davies

Ketua pasukan Pahang, Matthew Davies nekad akan berjuang berhabis-habisan dalam memastikan skuad Tok Gajah melakar kemenangan dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Pemain kebangsaan ini melakukan debut pada April 2015 bersama Pahang dan mula diberikan kepercayaan memimpin pasukan selepas mengharungi beberapa perlawanan musim 2016 yang ketika itu juga beliau baru berusia 21 tahun.

Meskipun terpalit dengan kemerosoton prestasi pasukan pada musim lalu, kesabaran dan kerja keras beliau selama ini akhirnya terbalas apabila bakal diturunkan sebagai ketua pasukan untuk melakar satu lagi kenangan manis buat sejarah bola sepak Pahang.

Ini merupakan pentas akhir yang pertama buat saya di dalam mana-mana kejohanan kompetitif yang pernah saya sertai. Saya dan rakan sepasukan hampir melangkah ke perlawanan akhir (Piala Malaysia) musim 2015, namun dikecewakan oleh pasukan Selangor. Sabtu ini bakal menjadikan satu sejarah dalam hidup saya, keluarga dan rakan-rakan.

Ketika dihubungi oleh Mezzo Fauzi semalam, beliau agak teruja untuk memimpin pasukan di pentas akhir dan turut menzahirkan rasa syukur di atas pencapaian pasukan ketika ini.

Sebagai ketua pasukan, sudah pasti saya berbangga dengan pencapaian pasukan ketika ini. Saya tidak akan memandang mudah perlawanan ini dan akan bermain sepenuh hati pada perlawanan akhir nanti seterusnya meninggalkan satu legasi yang boleh menjadi kebanggaan semua.

Sementara itu, ketika diajukan soalan mengenai kekalahan ke atas Kedah pada saingan pusingan pertama Liga Super dahulu, Davies akan berusaha untuk tidak mengulangi keputusan yang sama di Alor Star yang memperlihatkan Pahang tewas dengan jaringan 4-1.

Ya, kami tewas. Namun, keputusan itu telah menjadi pengajaran pada kami dan tidak boleh dijadikan ukuran sepenuhnya untuk perlawanan akhir nanti. Kali ini kami tampil dengan suatu yang berbeza dan lebih bersedia dengan pengalaman yang kami timba dari perlawanan sebelum ini. Harapan saya agar keputusan yang sama tidak akan berulang dan para pemain dilihat semakin serasi dengan corak permainan Pahang.

Bekas pemain Perth Glory FC yang baru berusia 22 tahun ini turut mengharapkan kehadiran penyokong-penyokong setia Tok Gajah untuk mengulangi sokongan padu yang pernah ditunjukkan pada perlawanan-perlawanan sebelum ini. Mampukah Davies melakar sejarah menjadi ketua pasukan yang paling muda menjulang Piala FA bersama Pahang? Semuanya bakal terjawab 20 Mei ini.

#mohbuatbalik

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

One thought on “Saya akan bagi sehabis baik – Matthew Davies

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: