Anda di sini
Laman Utama > Berita > Azraie teruja aksi final

Azraie teruja aksi final

Penjaga gol pasukan Pahang, Wan Muhammad Azraie nyata begitu teruja dan gembira apabila bakal beraksi dalam pentas final Piala FA, sabtu ini. Pemain berusia 31 tahun itu bakal mengecapi aksi pertama final dalam karier beliau sekiranya beliau diberi kepercayaan.

Azraie sebenarnya adalah salah satu watak penting ketika membawa kembali pasukan Pahang ke kancah Liga Super pada 2012 sebelum mengambil keputusan berhijrah ke Terengganu.

Perasaan memang sangat gembira dan puas hati. Saya harap saya dapat memberikan aksi yang terbaik untuk perlawanan akhir nanti.

Dalam perlawanan sabtu lepas, Azraie beraksi cemerlang untuk mengagalkan beberapa percubaan merbahaya pasukan tuan rumah (Negeri Sembilan) terutamanya dalam menyelamatkan percubaan satu sama satu dengan Bruno Suzuki pada minit ke 48.

Hari ini memang peluang mereka (Negeri Sembilan) banyak. Alhamdulillah, kita dapat bertahan dengan baik dan menyelamatkan beberapa percubaan mereka untuk mendapatkan gol.

Azraie juga  menghargai sokongan tidak berbelah bagi penyokong pasukan Pahang walaupun mengharungi perlawanan separuh akhir kedua di tempat lawan. Menurutnya, kemenangan malam tersebut adalah hadiah buat peminat-peminat Tok Gajah yang tetap setia bersama pasukan selama ini.

Terima kasih kepada semua penyokong yang hadir di Stadium Paroi untuk menyokong pasukan Pahang. Alhamdulillah, kita dapat buktikan kepada penyokong yang kita boleh melangkah ke final.

Mezzo Fauzi
IT specialist who is using 'football' hardware, software and its operating system in bringing a clear picture of Pahang's football.

Leave a Reply

Top