Anda di sini
Laman Utama > Berita > Pahang melangkah ke pentas akhir Piala FA

Pahang melangkah ke pentas akhir Piala FA

Dua gol masing-masing dijaringkan Jaewon Heo dan Christie Jayaselan pada setiap babak perlawanan mengesahkan laluan Pahang ke saingan akhir Piala FA musim 2017 selepas menundukkan skuad Jang dengan jaringan 1-2 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Negeri Sembilan yang ketinggalan satu jaringan turun tanpa 2 tonggak pertahanannya iaitu Nasriq Baharom dan Hariri Mohd Safii yang digantung satu perlawanan.

Namun begitu, kesebelasan utamanya tetap bersemangat memulakan sepak mula separuh masa pertama dengan melancarkan serangan bertali arus bagi memadam defisit gol yang dimiliki lawan.

Walaubagaimanapun, jentera pertahanan Pahang yang dikemudi Jaewon Heo kekal bertahan dan berjaya menyerap deretan asakan tuan rumah pada awal permainan.

Seakan sudah menemui rentak permainan, Pahang akhirnya mendahului pada minit ke 6 menerusi tandukan pertahanan importnya, Jaewon Heo selepas menerima hantaran cantik yang berpunca dari sepakan percuma oleh Syamim Yahya.

Namun begitu, tuan rumah cuba bangkit untuk memburu 3 jaringan dan mereka hampir merapatkan jaringan, namun Bruno Suzuki gagal memanfaatkan peluang yang dimiliki pada minit ke 9.

Berselang 2 minit kemudian, giliran skuad Tok Gajah pula berpeluang menambah jaringan, namun rembatan kaki kanan Wan Zaharulnizam sekadar melepasi palang.

Pada minit ke 28, tuan rumah kembali mengancam kubu Pahang menerusi 2 serangan bertubi-tubi, namun kecekapan Wan Azraie berjaya mengagalkan tuan rumah dari mencipta jaringan. Tamat separuh masa pertama, tuan rumah ketinggalan dengan 0-1.

Bersambung babak kedua perlawanan, skuad kendalian Asri Ninggal tampil dengan lebih garang. Buktinya, sebaik separuh masa kedua bermula, Faizal Abu Bakar memiliki peluang keemasan, tetapi tandukannya sedikit tersasar.

Berselang 3 minit kemudian, Bruno Suzuki sepatutnya memecah kebuntuan jaringan, mujurlah ketangkasan Wan Azraie berjaya menyelamatkan percubaan satu sama satu dengan Bruno Suzuki.

Serangan demi serangan tuan rumah akhirnya berbalas apabila pada minit ke 68, tandukkan Bruno Suzuki berjaya menerjah jaring sekaligus mengamatkan kembali sorakan penyokong tuan rumah.

Gol penyamaan itu bagai menyentap semangat juang Tok Gajah dan menyaksikan perlawanan selepas itu hampir dikuasai skuad tuan rumah. Mohd Noor Hazrul hampir menambah tekanan Pahang pada minit ke 89, namun percubaan jarak jauhnya sedikit tersasar di sebelah kanan pintu gol Pahang.

Disebalik keghairahan tuan rumah memburu gol kedua, kealpaan benteng pertahanan Negeri Sembilan dihukum dengan gol kemenangan Pahang pada minit ke 90 hasil dari jaringan Christie Jayaselan.

Gol pada lewat permainan itu sudah cukup untuk mematikan semangat lawan tuan rumah sekaligus menghantar Pahang ke pentas akhir Piala FA edisi ke 28 yang dijadualkan pada 20 Mei ini.

Barisan pemain-pemain:

Negeri Sembilan: Saiful Amar Sudar (PG), Lee Andrew Tuck, Annas Rahmat (K), Arman Fareez, Bruno Suzuki, Mohd Faizal Abu Bakar (Mohd Nizam), Marko Simic, Mohd Izuan (Sean Eugene) Mohd Noor Hazrul, Mohd Shazlan (Farderin Kadir), Nemanja Vidic.

Pahang FA: Wan Azraie (PG), Davies (C), Jaewon (Afif Amirudin), Muslim Ahmad, Faisal Rosli, Nor Azam (Joseph Kalang Tie), Syamim Yahya, Wan Zaharulnizam (Christie Jayaselan), Fransisco Insa, Mohamadou Sumareh, Matheus Alves

Pengadil Perlawanan: Muhammad Nazmi Nasaruddin

Foto (featured image): Media PBNP

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: