Anda di sini
Laman Utama > Berita > Ghaddar, Celin buat Pahang gigit jari

Ghaddar, Celin buat Pahang gigit jari

Pahang mengalami kekalahan pertama di gelanggang sendiri musim ini apabila tewas 2-3 ke atas Kelantan pada aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan sebentar tadi.

Meskipun cuba bangkit dari ketinggalan, 2 gol jaringan Mohd Ghaddar pada separuh masa kedua melenyapkan harapan Pahang untuk mengutip 3 mata berharga selepas sekadar mengumpul 1 mata dalam 2 perlawanan terakhir di Kuantan.

Gol pertama Kelantan hadir pada minit ke 17 selepas pemain importnya, Alessandro Celin yang berjaya melepasi kawalan pertahanan seterusnya melepaskan sepakan akrobatik untuk menewaskan Wan Azraie.

Tersentak dengan gol pendahuluan lawan, Pahang kembali menyusun gerakan dan hampir menyamakan kedudukan, namun percubaan Wan Zaharulnizam pada minit ke 37 berjaya diselamatkan penjaga gol Kelantan, Mohd Ramdan.

Begitu juga pada penghujung babak pertama perlawanan apabila percubaan pemain pertahanan Pahang, Jaewon Heo turut digagalkan barisan benteng pertahanan lawan seterusnya meletakkan kedudukan 0-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Pahang membuat pertukaran pemain seawal minit pertama separuh masa kedua dengan memasukkan Fransisco Insa bagi merubah tempo permainan. Pada minit ke 49, skuad Tok Gajah sekali lagi memperoleh peluang untuk menyamakan kedudukan, namun percubaan Wan Zaharulnizam sekadar tersasar.

Pahang akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke 69 apabila penjaring terbanyak Tok Gajah, Matheus Alves berjaya merembat masuk selepas menerima hantaran baik dari Mohamadou Sumareh.

Skuad pelawat tidak menunggu lama untuk kembali di depan apabila pada minit ke 72, Mohamad Ghaddar bijak memintas hantaran lawan seterusnya tenang menewaskan penjaga gol Pahang.

Berbanding separuh masa pertama, Pahang hanya memerlukan 5 minit untuk kembali menyamakan kedudukan selepas Matheus Alves sekali lagi menewaskan Mohd Ramdan dengan menyudahkan hantaran Dike di dalam kotak penalti untuk meletakkan kedudukan terikat 2-2.

Namun begitu, Kelantan sekali lagi mengulangi skrip yang sama apabila kembali di depan pada minit ke 79 melalui jaringan kedua Ghaddar seterusnya meletakkan kedudukan 2-3 sehingga tamat separuh masa kedua permainan.

Barisan pemain-pemain:

Pahang FA: Wan Azraie (PG), Matthew Davies (C), Jaewon, Afif Amirudin, Faisal Rosli, Nor Azam Azih (Fransisco Insa), Ahmad Syamim Yahya, Nurridzuan Abu Hassan (Chinedu Dike), Wan Zaharulnizam, Mohamadou Sumareh, Matheus Alves

Kelantan FA: Mohd Ramdan (PG), Nor Hafiz Zamani, Mohd Farisham, Badri Radzi (K), Mohd Qayyum, Mamadou Danso, Mohd Khairul Izuan (Danial Ashraf), Morgaro Gomis, Mohd Ghaddar (S. Subramaniam), Indra Putra, Alessandro Celin.

Pengadil Perlawanan: Nagor Amir Noor Mohamed

Foto (featured image): Media PBNP

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top