Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > Cerita Fasa 1 Liga Super 2017

Cerita Fasa 1 Liga Super 2017

Pusingan kedua Liga Super akan bersambung pada Sabtu ini selepas 12 pasukan telah selesai mengharungi 11 perlawanan pada pusingan pertama yang bermula Januari lalu.

Artikel ini menilai prestasi skaud Tok Gajah secara khususnya selepas selesai melengkapkan 11 perlawanan Liga super. Beraksi 5 kali di gelanggang sendiri dengan merekodkan 3 kemenangan, 2 kali seri dan masih mengekalkan rekod tanpa kekalahan di Stadium Darul Makmur. Manakala bagi 6 aksi di tempat lawan, Pahang berjaya melakar 3 kemenangan, 1 seri dan 2 kali merekodkan kekalahan.

Mengikut kepada prestasi perlawanan di tempat sendiri, Pahang berada dalam kedudukan 4 pasukan terbaik dengan berjaya mengumpul 11 mata selepas 5 perlawanan. Manakala bagi aksi di tempat lawan, Pahang mengumpul 10 mata seterusnya merupakan pasukan kedua terbaik beraksi di tempat lawan selepas Kelantan.

Dari aspek jaringan pula (27 gol keseluruhan), prestasi untuk mencetak gol nyata lebih baik di Kuantan dengan meledak sebanyak 17 gol berbanding hanya 10 gol di arena lawan. Begitu juga dengan statistik gol yang dilepaskan (14 gol keseluruhan) yang turut merekodkan prestasi baik di Stadium Darul Makmur apabila hanya melepaskan 4 gol (kedua terbaik selepas T Team). Tetapi tidak begitu baik di tempat lawan apabila melepaskan 10 gol, kurang baik jika dibandingkan dengan pasukan JDT, Kelantan, Perak, Selangor, Kedah dan Felda United.

Walaubagaimanapun, statistik bolos ini tidaklah seteruk musim 2016 di mana skuad Tok Gajah dibolosi sebanyak 26 kali selepas 11 perlawanan pertama Liga Super 2016. Namun begitu, 14 bolos musim ini bukanlah yang terbaik jika dibandingkan dengan musim 2014 (10 bolos) dan musim 2015 (8 bolos). 14 bolos ini juga meletakkan Pahang di dalam “alarming situation” jika dibandingkan dengan garisan purata (11 bolos) sejak dari musim 2013.

Dari perspektif jaringan pula, dengan meledak sebanyak 27 kali berbanding hanya 15 kali bagi musim 2016, 18 gol (musim 2015), 20 gol (musim 2014) dan 17 gol (musim 2013), jelas menunjukkan peningkatan ‘strike force’ Tok Gajah musim ini. Dengan meledak 27 gol, ia turut meletakkan jumlah jaringan Pahang musim ini adalah yang tertinggi sejak 2013 dan melepasi garisan purata iaitu 18 gol.

Kesimpulannya, statistik bolos yang tidak begitu baik musim ini tetapi sedikit ‘dipulihkan’ dengan peningkatan jumlah jaringan gol musim 2017. Statistik ini juga seolah-olah menggambarkan keperluan kepada pelan penambahbaikan sekiranya ingin menamatkan penantian 13 tahun menjuarai Liga Super.

Menjelang pintu kedua perpindahan pemain pada pertengahan Mei ini, Pahang perlu memperkemaskan benteng pertahanan agar jumlah bolos terutamanya di tempat lawan dapat dikurangkan pada pusingan kedua nanti. Momentum jaringan besar perlu diteruskan dan harus memanfaatkan kelebihan beraksi 6 kali di Kuantan, bukan sahaja melakar kemenangan tetapi turut menambah jaringan seterusnya memperbaiki perbezaan jaringan (GD).

Juara Liga Super? Ya, masih relevan.

#mohbuatbalik

*statistik kiraan mata adalah dikira sebelum dikenakan tindakan pemotongan

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: