Anda di sini
Laman Utama > Berita > Menang tapi belum selamat

Menang tapi belum selamat

Pahang sekadar membawa bekalan satu gol bagi menghadapi separuh akhir kedua pada 13 Mei di Paroi selepas menang tipis 1-0 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Skuad pelawat tampak garang memulakan separuh masa pertama dan memperoleh sepakan sudut seawal minit pertama perlawanan. Namun begitu, Pahang pantas menemui rentak permainan dan berjaya melancarkan serangan demi serangan melalui rangkaian serangan yang diketuai Matheus Alves dan Wan Zaharulnizam.

Pahang memperoleh beberapa peluang keemasan untuk berada dihadapan, namun pada minit 32, rembatan dari luar kotak penalti oleh Nurridzuan sedikit melepasi palang gol.

Walaubagaimanapun, 4 minit kemudian, skuad pelawat turut memiliki peluang untuk mengejutkan tuan rumah, namun sepakan Marko Simic dari luar kotak penalti sedikit tersasar.

Pada minit ke 38, Matheus Alves turut berpeluang mencetak gol, namun sepakannya tersasar disebelah kanan pintu gol lawan.

Bersambung babak kedua permainan, kedua-dua pasukan memperoleh peluang untuk memecah kebuntuan. Minit ke 46, Jaewon terlebih dahulu menguji penjaga gol dengan melepaskan sepakan dalam kotak penalti, namun berjaya diselamatkan.

Berselang 2 minit kemudian, Farderin Kadir sepatutnya meletakkan skuad Negeri Sembilan dihadapan apabila hanya berhadapan dengan penjaga gol, namun sepakannya lemah dan diselamatkan Wan Azraie.

Menjelang minit ke 70, Pahang melakukan tiga pertukaran dengan membawa masuk Fransisco Insa, Joseph Kalang Tie dan Ashari Samsudin untuk mencipta lebih banyak gerakan.

Kemasukan pemain-pemain ini akhirnya menghadirkan impak apabila pada minit ke 80, Ashari Samsudin berjaya memecah kebuntuan dengan meletakkan Pahang dihadapan hasil dari sepakan dari sebelah kiri pintu gol lawan yang terlebih dahulu dibias pertahanan lawan.

Menjelang penghujung permainan, Pahang terus menggandakan asakan untuk membawa bekalan selesa ke Paroi, namun keputusan terus kekal 1-0 hingga tamat permainan.

Barisan pemain-pemain:

Pahang FA: Wan Azraie (PG), Matthew Davies (C), Jaewon, Afif Amirudin, Faisal Rosli, Nor Azam Azih (Ashari Samsudin), Ahmad Syamim Yahya, Nurridzuan Abu Hassan (Joseph Kalang Tie), Wan Zaharulnizam, Christie Jayaselan (Fransisco Insa), Matheus Alves

Negeri Sembilan: Kaharuddin Abd Rahman (PG), Lee Andrew Tuck, Annas Rahmat, Nasriq Baharom (K), Bruno Suzuki (Farderin Kadir), Faizal Abu Bakar (Curran Lawrence), Marko Simic, Khairul Anwar, Hariri Mohd Safii, Mohd Shazlan (Arman Fareez), Nemanja Vidic.

Pengadil Perlawanan: Razlan Jofri Ali

Foto (featured image): Media PBNP

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top