Anda di sini
Laman Utama > Berita > Pahang seri lagi

Pahang seri lagi

Pahang gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelangang sendiri apabila sekadar mengutip satu mata dalam perlawanan Liga Super menentang Felda United di Stadium Darul Makmur, Kuantan sebentar tadi.

Skuad kendalian Dollah Salleh turun dengan berbekalkan motivasi tinggi selepas berjaya layak ke saingan separuh akhir Piala FA Ahad lalu.  Pahang memulakan separuh masa pertama dengan melakukan sedikit perubahan pemain dibahagian sayap dengan mempertaruhkan Christie Jayaselan untuk membantu bahagian serangan.

Perlawanan dilihat seimbang pada awal permainan separuh masa pertama di mana menyaksikan kedua-dua pasukan masing-masing membalas serangan. Namun begitu, Pahang terlebih dahulu menggegar jaring pada minit ke 19 melalui tandukan Matheus Alves hasil dari sepakan sudut yang disempurnakan Ahmad Syamim Yahya.

Gol pendahuluan itu nyata tidak kekal lama apabila pada minit ke 24, Stuart James berjaya menyamakan kedudukan dan kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Pahang membuat dua pertukaran serentak pada minit ke 55 dengan memasukkan Nurridzuan dan Wan Zaharulnizam bagi memperkuatkan jentera serangan Pahang. Serangan bertali arus berjaya dilancarkan dan memperlihatkan skuad tuan rumah lebih banyak menguasai permainan, namun kecekapan penjaga gol Felda United, Farizal Harun berjaya menyelamatkan 2 percubaan berbahaya oleh Mohamadou Sumareh pada penghujung separuh masa kedua.

Tamat separuh masa kedua menyaksikan perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1 dan turut memperlihatkan skuad Tok Gajah sekali lagi gagal untuk mengutip mata penuh di Stadium Darul Makmur dalam saingan Liga Super.

Barisan pemain-pemain:

Pahang FA: Wan Azraie (PG), Davies (C), Jaewon, Afif Amirudin, Faisal Rosli, Nor Azam, Syamim Yahya, Ashari Samsudin (Nurridzuan), Christie Jayaselan (Wan Zaharulnizam), Mohamadou Sumareh, Matheus Alves

Felda United: Farizal Harun (PG), Mootaz Bellah, Matias Cano, Norshahrul Idlan, Zah Rahan, Wan Zack Haikal, Shukor Adan (C), Stuart James, Wan Amirul Afiq, Ahmad Azriddin, Mohd Alif.

Foto (featured image): Media PBNP

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top