Anda di sini
Laman Utama > Berita > “All we need is one goal” – Matthew Davies

“All we need is one goal” – Matthew Davies

Kita hanya perlu jaringkan satu gol! Optimis. Itulah yang berlegar di fikiran pemain-pemain Pahang ketika ketinggalan 2-0 sehinggalah detik gol keramat pada minit ke 87 yang di jaringkan oleh Mohamadou Sumareh dalam perlawanan suku akhir kedua Piala FA di Larkin, Ahad lepas.

Dalam perlawanan itu, pasukan JDT berjaya mendapatkan dua gol yang idamkan seawal minit ke 22 sekaligus memberikan tekanan buat pasukan Pahang apabila mereka mempunyai kelebihan gol di tempat lawan. Semuanya tampak memberi kelebihan buat pasukan JDT untuk mara ke peringkat separuh akhir, namun usaha berterusan barisan serangan Pahang akhirnya membuahkan hasil apabila Sumareh menanduk cantik hantaran Nurridzuan untuk menewaskan Izham Tarmizi ketika permainan berbaki 3 minit untuk di tamatkan.

Matthew Davies yang di temui ketika sidang media memberitahu, walaupun ketinggalan dengan 2-0 ketika itu, pemain-pemain Pahang percaya apa yang mereka perlukan hanyalah untuk menjaringkan satu gol.

All we need is one goal!“. Sekalipun JDT berjaya menjaringkan gol ketiga, kami hanya perlu menjaringkan satu gol untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan. Harapan masih ada buat kami. Pujian harus diberikan kepada rakan-rakan sepasukan. Walaupun tidak bermain dengan rentak yang biasa kami mainkan, kami memperoleh beberapa peluang dan kami bernasib baik. Itulah bolasepak.

Selain itu, Matthew Davies nyata gembira dengan perubahan yang berlaku dalam pasukan Pahang musim ini berbanding dengan prestasi buruk yang hampir menyingkirkan pasukan mereka untuk bermain di Liga Perdana musim lepas.

Musim lepas adalah amat sukar. Ini menunjukkan betapa sukarnya bolasepak. Daripada pasukan pencabar utama, kami bergelut dalam zon penyingkiran dan kini kembali berada dalam perebutan utama kejohanan. Betapa cepatnya perkara boleh berubah dalam bolasepak. Di tahun pertama kedatangan saya ke Pahang, pasukan kami sentiasa memperoleh kemenangan demi kemenangan. Apa yang berlaku musim lepas adalah sebaliknya dan ianya memberikan kesedaran dan membawa kami kepada realiti. Kini, kami lebih menghargai setiap detik kemenangan yang kami perolehi.

Dalam saingan separuh akhir, Pahang akan bertemu Negeri Sembilan  pada 30 April di Stadium Darul Makmur, Kuantan, manakala perlawanan kedua adalah pada 13 Mei di Paroi.

Mezzo Fauzi
IT specialist who is using 'football' hardware, software and its operating system in bringing a clear picture of Pahang's football.

One thought on ““All we need is one goal” – Matthew Davies

  1. Pujian harus diberikan pada Matthew,masih tetap bersama pahang walaupun semasa pahang berada di prestasi yg amat menyedihkan.jatuh bangun bersama pahang,he is the real hero

Leave a Reply

Top