Anda di sini
Laman Utama > Berita > Pahang ke separuh akhir Piala FA

Pahang ke separuh akhir Piala FA

Gol hasil tandukan Mohamadou Sumareh pada minit ke 87 sudah cukup untuk meletakkan Pahang layak ke saingan separuh akhir Piala FA meskipun tewas 2-1 di Larkin malam tadi.

Walaubagaimanapun, Pahang jelas tertekan seawal minit permainan separuh masa pertama hasil tekanan bertubi-tubi tuan rumah yang diketuai oleh Gabriel Guerra. Hasilnya, pada minit ke 6, Gonzalo Cabrera menceriakan tuan rumah dengan meletakkan tuan rumah mendahului 1-0 seterusnya menambah tekanan buat lawan.

Skuad Harimau Selatan berjaya mamadam defisit 2 gol Pahang pada minit ke 23 apabila Gabriel Guerra mudah meletakkan bola ke dalam jaring Pahang sebelum menerima lorongan cantik dari Azrif Nasrulhaq.

Dua gol awal tidak sesekali mematahkan semangat Tok Gajah dan kembali mempersembahkan aksi yang agak tersusun. Pahang mendapat 2 peluang untuk merapatkan jaringan pada minit ke 29 dan ke 32 hasil percubaan Joseph Kalang Tie, namun gagal membuahkan hasil.

Bersambung babak kedua permainan, JDT terus menekan skuad pelawat dengan melancarkan serangan bertali arus, mujurlah barisan pertahanan Pahang berjaya mengekalkan disiplin bertahan yang agak baik.

Kisah kejayaan Pahang layak ke separuh akhir bermula pada minit ke 83 apabila pemain sayap Pahang, Nurridzuan Abu Hassan, masuk dan melakukan debut nya buat Pahang. Hanya beberapa minit di atas padang, Nurridzuan melakukan magisnya apabila sepakan lintangnya tepat menuju Sumareh seterusnya memberikan peluangnya yang terbaik buat Sumareh menanduk masuk menewaskan Izham Tarmizi.

Tamat permainan separuh masa kedua, meskipun tewas, Pahang layak ke saingan separuh akhir dengan agregat 4-3 dan akan bertemu pasukan Negeri Sembilan minggu hadapan.

Barisan pemain-pemain:

JDT: Izham Tarmizi (PG), Marcos Antonio (C), Afiq Fazail, Fadli Shas, Amirulhadi Zainal, Safiq Rahim (Nazmi Faiz), Gonzalo Cabrera, S Kunalan (Azammudin Akil), Fazly Mazlan, Azrif Nasrulhaq, Gabriel Guerra.

Pahang FA: Wan Azraie (PG), Davies (C), Jaewon, Afif Amirudin, Faisal Rosli, Nor Azam, Syamim Yahya (Nurridzuan), Wan Zaharulnizam (Christie Jayaselan), Joseph Kalang Tie (Ashari Samsudin), Sumareh, Matheus Alves

Pengadil Perlawanan: Zulkifli Ahmad

Foto (featured image): Media PBNP

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top