Anda di sini
Laman Utama > Berita > Hajat Tok Gajah disekat Gergasi Merah

Hajat Tok Gajah disekat Gergasi Merah

Hajat Pahang untuk meraih 3 mata di gelanggang sendiri disekat Selangor selepas kedua-dua pasukan sekadar berpuas hati berkongsi mata di Kuantan malam tadi.

Skuad pelawat terlebih dahulu berada dihadapan apabila pada minit ke 6, Juliano Miniero memanfaatkan hantaran Astafei dan merembat deras menewaskan Wan Azraie seterusnya mengejutkan ribuan penyokong tuan rumah.

Namun begitu, berselang 5 minit kemudian, Pahang lantas menyamakan kedudukan menerusi jaringan ketua pasukannya, Matthew Davies yang mudah memanfaatkan tandukan kebelakang Muslim Ahmad hasil dari sepakan penjuru dari sebalah kanan pintu gol Selangor.

Tersentak dengan gol penyamaan lawan, skuad Merah Kuning tetap melancarkan serangan bertali arus dan hampir menambah gol kedua, namun sepakan leret Forkey Doe pada minit ke 28, sekadar terkena tiang gol meskipun penjaga gol sudah tertewas.

Bersambung babak kedua, Pahang ternyata lebih garang menyerang dengan menyaksikan Joseph Kalang Tie memiliki dua peluang pada minit ke 61 dan 62 untuk mencipta jaringan,namun cubaannya gagal menerjah jaring.

Namun begitu, dengan tidak semena-mena, Selangor melancarkan serangan kilat pada minit ke 65 dan menyaksikan Victor Astafei berjaya melepasi kawalan barisan pertahanan Pahang, namun kemaraan beliau disekat dalam kotak penalti seterusnya menghadiahkan sepakan penalti untuk skuad pelawat.

Forkey Doe ternyata tenang memanfaatkan sepakan penalti dan kembali meletakkan Selangor dihadapan.

Menyedari hanya kemenangan mampu meletakkan Pahang terus bersaing memburu kejuaraan liga, Pahang terus menggandakan asakan untuk bangkit mencari gol penyamaan. Namun usaha demi usaha yang direncanakan seakan tidak menjadi hasil dari kawalan kental barisan pertahanan lawan.

Seakan-akan Pahang bakal diaibkan di gelanggang sendiri, Faisal Rosli hadir pada waktu yang tepat sebagai penyelamat apabila sepakan half-volley pada minit ke 88 berjaya menerjah jaring seterusnya mengikat kedudukan 2-2 sehingga tamat masa permainan.

Keputusan seri 2-2 ini juga turut melebarkan rekod baik Selangor di Stadium Darul Makmur selepas berjaya mengelak sebarang kekalalahan bagi saingan Liga Super sejak musim 2011.

Barisan pemain-pemain:

Pahang FA: Wan Azraie (PG), Davies (C), Jaewon (Afif Amirudin), Faisal Rosli, Muslim Ahmad, Nor Azam (Kogileswaran), Syamim Yahya, Wan Zaharulnizam (Ashari Samsudin), Joseph Kalang tie, Sumareh, Matheus Alves

Selangor FA: Azhan (PG), Razman (C), Ukah, Bunyamin, Kannan, Halim, Miniero (Raimi), Saiful (Veenod), Syahmi, Forkey Doe, Astafei (Adam Nor)

Pengadil Perlawanan: Fitri Maskon

Foto (featured image): Media PBNP

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top