Anda di sini
Laman Utama > Berita > Pahang rampas kedudukan Liga Super

Pahang rampas kedudukan Liga Super

Skuad Tok Gajah bangkit dengan meledak 2 gol dalam masa 2 minit pada separuh masa kedua untuk membawa pulang 3 mata berharga selepas menundukkan Kelantan 1-2 di Kota Bharu malam tadi.

Skuad kendalian Dollah Salleh turun dengan menampilkan taktikal dan formasi yang sedikit berbeza apabila meletakkan Jaewon Heo dibahagian tengah dan mempertaruhkan Salamon Raj bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ahmad Syamim Yahya yang menjalani penggantungan permainan.

Tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke 16 melalui penjaring terbanyaknya, Mohamad Ghadar yang bijak melepasi perangkap offside barisan pertahanan pelawat dan dengan tenang meledak untuk menewaskan Wan Azraie.

Meskipun ketinggalan dengan gol tuan rumah, Pahang dilihat kembali menyusun permainan dan lebih banyak menguasai permainan pada separuh masa pertama, namun jentera tengah dan pertahanan tuan rumah kekal disiplin seterusnya menamatkan separuh masa pertama dengan kelebihan satu jaringan.

Bersambung babak kedua, jentera serangan pelawat semakin positif menerusi serangan yang banyak diatur melalui dua pemain sayap, Wan Zaharulnizam dan Sumareh. Akhirnya, pada minit ke 60, Wan Zaharulnizam berjaya menyamakan kedudukan menerusi rembatan kencangnya dari sebelah kanan pintu gol Kelantan selepas tenang menyambut lorongan dari Matheus Alves.

Berselang 2 minit kemudian, Matheus Alves memastikan 3 mata di bawa pulang apabila memanfaatkan lorongan Norazam Azih sebelum menewaskan Khairul Fahmi yang keluar meninggalkan posisinya.

Kemenangan 1-2 sudah cukup untuk meletakkan Pahang di persada liga apabila pasukan Kedah sekadar terikat 1 mata dengan PKNS di Alor Star.

Barisan pemain-pemain:

Kelantan : Khairul Fahmi (PG), Farisham, Danso, Nor Hafiz Zamani (Fakhrul Zaman), Qayyum, Rozaimi, Indra Putra, Badhri Razi (K), Nik Shahrul (Faizol Nazlin), Ghaddar, Khairul Izuan (Danial Ashraf).

Pahang FA : Azraie (PG), Jaewon Heo, Muslim Ahmad (Saifulnizam), Davies (K),Faisal Rosli, Afif Amirudin, Sumareh, Salamon Raj (Ashari Samsudin), Norazam Azih, Matheus Alves, Wan Zaharulnizam (Joseph Kalang Tie).

Pengadil : Mohd Nafeez Abd Wahab

Foto (featured image): Media PBNP

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top