Anda di sini
Laman Utama > Berita > LFK | Sirkit 5 : Pahang Gagal Leburkan Dominasi Melaka

LFK | Sirkit 5 : Pahang Gagal Leburkan Dominasi Melaka

Pahang gagal mengambil kesempatan beraksi di laman sendiri untuk meleburkan rekod 100% kemenangan Melaka apabila tunduk 1-6 dalam perlawanan tumpuan Sirkit 5. Namun begitu, Pahang bangkit membenam Perak 6-2 keesokan harinya.

Hari Pertama Sirkit 5

Perlawanan tumpuan Pahang menentang Melaka ternyata menarik ramai penonton di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan.

Skuad Tok Gajah yang berpeluang meleburkan rekod cemerlang Melaka apabila beraksi di hadapan penyokong sendiri, namun gagal menembusi kubu Melaka yang begitu ampuh.

Jentera serangan Melaka yang dikemudi pemain kebangsaan, Khairul Effendy Bahrin, nampak lebih kemas menggerakkan beberapa percubaan merbahaya berbanding pasukan Pahang.

Gol pembukaan Melaka dihasilkan oleh pemain veteran mereka, Jamaluddin Alias pada minit ke-8, sebelum Ali Imran dan Firdaus Ambiah menambah 2 gol dalam masa 3 minit membolehkan Melaka mendahului selesa 3-0 sebelum rehat.

Bermula separuh masa kedua, jentera serangan Pahang nampak begitu berharap kepada kelincahan Ridzwan Bakri sejak dari awal permainan sesekali melakukan percubaan merbahaya, namun masih gagal menembusi kubu Melaka.

Permainan mula bertukar panas dengan kedua-dua pasukan sering berbalas kekasaran. Namun begitu, Melaka terus mengukuhkan kedudukan hasil jaringan Yazid Kamaruzuan dan Firdaus Ambiah.

Kapten Pahang, Akmarulnizam Idris menjaringkan gol saguhati Pahang 2 minit sebelum tamat permainan, kemudian dibalas Melaka melalui gol ke-6 hasil sepakan penalti 10 meter Abu Hanifah selepas Pahang mengutip lebih 5 kesalahan.

Keputusan penuh Pahang 1-6 Melaka.

Hari Kedua Sirkit 5

Skuad Yazeed Hamzah berdepan Perak yang juga tewas pada hari pertama (1-2 vs Felda United).

Pahang bermula baik dalam perlawanan pertama untuk pusingan kedua ini apabila mendahului 2-0 dalam 15 minit pertama, kedua-duanya hasil jaringan Ridzwan Bakri.

Perlawanan berlangsung sengit di penghujung permainan separuh masa pertama dengan kedua-dua pasukan meledak 2 gol menjadikan perlawanan berakhir 4-2 memihak tuan rumah pada separuh masa.

Pahang terus menambah derita Perak dengan menambah 2 gol hasil jaringan Muhammad Fariq dan Amar Ashraf.

Pahang mengutip 3 mata untuk sirkit 5 dan terpaksa menyerahkan posisi no.2 liga kepada Felda United yang berjaya mengumpul 6 mata maksimum menewaskan Perak dan KL TPD.

Melaka terus unggul di kedudukan teratas mengumpul 27 mata maksimum daripada 9 perlawanan, meninggalkan Felda United dengan 21 mata dan Pahang 19 mata.

Keputusan Perlawanan Sirkit 5 :

18 Mac 2017 (Sabtu)
MELAKA 6
Jamaludin Alias 8’
Ali Imran Hassan 15’
Firdaus Ambiah 17’ 35’
Yazid Kamaruzuan 24’
Abu Hanifah Hasan 38’

PAHANG 1
Akmarulnizam Mohd Idris 38’

18 Mac 2017 (Sabtu)

PAHANG 6
Mohd Ridzwan Bakri 2’ 15’
Ahmad Hanafi Mohd Nasir 19’
Muhammad Fariq Mohammad 19’ 38’

Amar Ashraf Abu Bakar 31’

PERAK 2
Mohamad Afendi Bonyamin 19’
Muhammad Faizul Azuan Ramli Sharip 19’

Perlawanan Seterusnya (Sirkit 6)

8 April 2017 | KL TPD vs Pahang | 3.30 ptg
9 April 2017 | T-Team vs Pahang | 2.00 ptg
*Perlawanan berlangsung di Kompleks Sukan Tg. Malim

muhsin
"Jurutera kereta mewah tidak menjadikan aku megah, sebaliknya bola sepak menjadikan aku ghairah" @syedahmadmuhsin

Leave a Reply

Top