Anda di sini
Laman Utama > Berita > LFK2017 – Sirkit 4 : Pahang Raih 4 Mata

LFK2017 – Sirkit 4 : Pahang Raih 4 Mata

Skuad futsal Pahang terus mengejar Melaka yang kini berada di kedudukan teratas carta Liga Futsal Kebangsaan 2017 dengan perbezaan 5 mata.

Namun begitu, dalam sirkit 4 yang berlangsung di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan, Pahang sekadar meraih 4 mata daripada 2 perlawanan.

Sumber : FB FAM

Segalanya bermula baik apabila Pahang menang tipis 3-2 selepas bangkit dari ketinggalan 1-2 kepada PP MBPP FC.

Pahang yang membuka tirai Sirkit 4 mendahului MBPP hasil jaringan Ahmad Shazni Hariz pada minit ke-10, sebelum MBPP bangkit membalas dengan 2 gol.

Semangat melawan skuad bimbingan Yazeed Hamzah bangkit dengan 2 gol lewat permainan oleh Hanafi Naser dan Fariq Mohammed.

Hanya 1 mata di hari kedua

Pada hari kedua menentang KL City FC, Pahang yang dijangka mampu meraih 3 mata penuh selepas mudah mendahului 4-1 pada suatu ketika, ternyata gagal mengekalkan konsentrasi pada 3 minit terakhir perlawanan apabila sekadar berpuas hati dengan keputusan seri 4-4.

Pahang membuka jaringan hasil sentuhan pemain kebangsaan, Akmarulnizam Idris, sebelum A Kisheen menjaringkan gol penyamaan buat KL City.

Pahang kemudiannya mudah menjaringkan 3 gol hasil sentuhan Shazni Hariz, Hanafi Nasir dan Akmal Hakimi menuju 4 minit terakhir perlawanan.

Namun begitu, KL City bangkit 3 gol dalam masa 3 minit terakhir, dengan A Kisheen muncul wira dengan meledak hat-trick.

Skuad Tok Gajah terpaksa berpuas hati dengan 4 mata diraih dan membiarkan Melaka terus melebar jarak di kedudukan teratas selepas membenam KL Petaling Putra dan Felda United.

Sirkit 5 bakal menemukan 2 pasukan teratas LFK2017, Pahang dan Melaka pada Sabtu.

Keputusan Sirkit 4

Sabtu (11 Mac 2017)

Pulau Pinang MBPP – 2
Zubaidi Alwee 14′ 25′

PAHANG
– 3
Ahmad Shazni Hariz Mohd Noor 10′
Mohd Hanafi Mohd Naser 37′
Muhammad Fariq Mohammad 38′

Ahad (12 Mac 2017)

KL CITY FC – 4
A Kissheen 20′ 39′ 40′
K Yakish Rao 37′

PAHANG – 4
Akmarulnizam Mohd Idris 12′
Ahmad Shazni Hariz Mohd Noor 23′
Ahmad Hanafi Mohd Nasir 29′
Muhammad Akmal Hakimi Mohd Naim 36′

Perlawanan Seterusnya – Sirkit 5
18 Mac | Melaka vs Pahang | 3.00 Petang
19 Mac | Pahang vs Perak | 6.00 Petang

*Kesemua perlawanan Sirkit 4 & 5 berlangsung di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan

Kedudukan LFK2017 selepas sirkit 4

Sumber : FB dan Laman Web Football Association of Malaysia (FAM)

muhsin
"Jurutera kereta mewah tidak menjadikan aku megah, sebaliknya bola sepak menjadikan aku ghairah" @syedahmadmuhsin

Leave a Reply

Top