Anda di sini
Laman Utama > Berita > Dollah puji aksi Azam Azih

Dollah puji aksi Azam Azih

Pengendali Pahang, Dollah Salleh melahirkan kesyukuran selepas pasukan bimbingannya, Pahang layak ke peringkat Suku Akhir saingan Piala FA 2017 apabila berjaya menewaskan Melaka United Sabtu lalu.

Beliau bagaimanapun masih belum berpuas hati sepenuhnya dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pemain-pemainya walaupun pasukannya muncul sebagai pemenang dengan jaringan 2-0. Namun, beliau gembira kerana kemasukan Azam Azih di separuh masa kedua perlawanan mengubah corak permainan pasukan dan kemuncaknya, Azam berjaya menambah gol kedua pasukan Pahang melalui satu rembatan cantik dari luar kotak penalti.

“Pertamanya, saya bersyukur kerana kita dapat meneruskan perjalanan ke suku akhir. Tahniah kepada pemain-pemain walaupun corak permainan kita agak berbeza berbanding dengan sebelum ini tapi secara keseluruhannya saya agak berpuas hati.

Kita bangkit dalam 10 minit terakhir selepas kemasukan Azam di mana beliau dapat menjaringkan gol dan meningkatkan kembali prestasi pasukan.”

Ditanya tentang lawan yang bakal di tentang dalam saingan suku akhir nanti, beliau ternyata lebih mahu fokus dengan prestasi pemainnya sendiri berbanding dengan prestasi pasukan yang bakal di undi untuk menentang pasukannya.

“Saya tidak hiraukan mana pasukan sekalipun, apa yang saya khuatirkan adalah pemain saya yang mana kita harus bangkit kembali untuk mendapatkan prestasi kita yang sebenar. Kalau kita berjaya, saya percaya pasukan mana sekalipun kita boleh hadapinya.”

Pada undian Piala FA yang di langsungkan semalam, Pahang di undi untuk bertemu dengan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) untuk saingan suku akhir. Perlawanan Suku Akhir Pertama akan berlangsung pada 31 Mac & 1 April 2017 manakala Suku Akhir Kedua pada 21 & 22 April 2017.

Mezzo Fauzi
IT specialist who is using 'football' hardware, software and its operating system in bringing a clear picture of Pahang's football.

Leave a Reply

Top