Anda di sini
Laman Utama > Berita > LFK2017 – Pahang Harap Tuah Tuan Rumah

LFK2017 – Pahang Harap Tuah Tuan Rumah

Sirkit 4 dan 5 Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2017 bakal berlangsung di Stadium Tertutup Sukpa, Kuantan pada 11&12 Mac dan 18&19 Mac 2017.

Bermain di gelanggang latihan harian sendiri, skuad bimbingan Coach Yazeed mengharap tuah serta merayu sokongan penyokong Pahang supaya hadir bagi memberikan semangat kepada pemain.

Dalam Sirkit 4, Pahang bakal bertemu dua pasukan iaitu Pulau Pinang MBPP dan KL City FC dan dilihat mampu meraih 6 mata maksimum jika prestasi cemerlang 5 perlawanan sebelum ini diteruskan.

Ini juga merupakan peluang Pahang mengejar kedudukan teratas carta liga kerana pendahulu liga ketika ini, Melaka bakal bertemu penyandang juara LFK, Felda United pada 12 Mac (Ahad).

Dalam Sirkit 5 pula, Pahang bakal bertemu seteru utama Melaka pada Sabtu (17 Mac) sebelum melayan pasukan Perak keesokan harinya.

Skuad Futsal Pahang 2017. Foto : FB FAM

Bermain di gelanggang sendiri diharap dapat membantu skuad Tok Gajah membenam cabaran Melaka dan dapat mendahului carta liga untuk pusingan pertama liga dengan pusingan kedua liga akan bermula pada hari Ahad (18 Mac).

Sokongan padu penyokong Pahang ditagih sepanjang sirkit 4 dan 5 bagi menaikkan semangat juang pemain. Ayuh ke Stadium Tertutup Sukpa, Indera Mahkota, Kuantan demi Tok Gajah !

Jadual Perlawanan

Sirkit 4

11 Mac | Pulau Pinang MBPP vs Pahang | 11.00 pagi
12 Mac | KL City FC vs Pahang | 12.30 Tgh Hari

Sirkit 5
18 Mac | Melaka vs Pahang | 3.00 Petang
19 Mac | Pahang vs Perak | 6.00 Petang

*Semua perlawanan berlangsung di Stadium Tertutup Sukpa, Kuantan

muhsin
"Jurutera kereta mewah tidak menjadikan aku megah, sebaliknya bola sepak menjadikan aku ghairah" @syedahmadmuhsin

Leave a Reply

Top